APA TUJUAN " CAI" DALAM KEMPEN.

Copy n paste Abe Awang

Membuat 'chai' untuk berkempen dalam pemilihan parti tak salah... Chai itu ialah team, atau line-up untuk menduduki berbagai jawatan seperti yang dimahukan oleh pembuat chai... Chai tidak menyalahi mana-mana undang-undang dan peraturan pemilihan dalam mana-mana parti pun.

Yang jadi nampak buruknya chai ini ialah dalam Muktamar Agong PAS di Kuala Selangor tahun 2015... Yang jadi buruknya ialah bila hanya satu pihak yang menyediakan chai, manakala pihak lain semua berdiam diri.

Ketika itu PAS di ambang perpecahan.... Yang menjadi punca perpecahan ialah Haji Hadi yang secara tiba-tiba tidak mahu Anwar Ibrahim mengetuai PR, kemudian dicari alasan untuk berbalah dengan DAP, dan akhirnya PR pun pecah.

Orang-orang PAS di peringkat kepimpinan, ahli bawahan dan penyokong setia tegar; mereka tidak mahu PAS berpecah.... Sebab itu mereka tak buat chai lain.... Di pihak perwakilan pula, bila hanya satu chai yang ada, mereka sangka itulah line-up rasmi PAS dari Tuan Presiden yang direstui ulamak, jadi mereka undi mengikut chai yang ada.

Untuk kerusi Presiden, satu lawan satu antara Haji Hadi dan Ahmad Awang.... Timbalan Presiden, satu lawan satu antara Tuan Ibrahim Tuan Man lawan Mohamad Sabu.... Naib Presiden, enam orang calon bertanding untuk merebut tiga kerusi..... Iskandar Samad, Nik Amar, Idris Ahmad, Husam Musa, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar.

Jadi, chai yang dibuat.... Haji Hadi, Tuan Ibrahim, Iskandar Samad, Nik Amar, Idris Ahmad.... selesai... Tidak ada chai lain dan tidak ada kempen untuk memenangkan calon lain.

Di peringkat kerusi JKKP PAS pula, disenaraikan 20 orang yang patut dipilih dari 51 orang yang bertanding..... Dalam senarai chai itu, tidak ada nama Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid, Hanipa Maidin, Dr Dzulkefly Ahmad, Hassanuddin, termasuk Suhaizan Kayat di peringkat Pemuda.

So apa jadi....? Bila perwakilan mengundi berdasarkan senarai chai, habis terlingkup kepimpinan PAS, bertukar habis... Hanya Presiden dan dua tiga orang AJK lama yang kekal.... 18 orang keimpinan tertinggi sebelum itu habis ghuyub satu tandan.

Salahudin Ayub dilantik semula menduduki kerusi AJK (kuota lantikan) tetapi dia menolak.... Itulah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh Abang Din untuk mempastikan dia bersama rakan-rakan lain yang disingkirkan oleh chai lebai dalam meneruskan perjuangan politik, walaupun ketika itu masih tak tahu apa akan jadi kepada politik negara.

Hari ini, kita menyaksikan hampir semua 18 orang yang disingkirkan dari PAS itu telah jadi orang penting dalam kerajaan PH.... Padahal baru tahun 2015, tidak ada siapa pun boleh menjangka apa akan berlaku kepada karier politik mereka.... Ramai yang meramalkan mereka semua akan menopos putus haid begitu saja dalam politik menurut logika dan dinamika politik... Tetapi dialektika politik telah membuktikan sebaliknya.

Sejarah ini berlaku di depan mata dan tidak akan dilupakan... Sebab itu saya kuat menyokong Amanah dan kerajaan PH sekarang.... Bila timbul isu remeh-temeh yang cuba menggugat sokongan saya kepada kerajaan, saya akan ingat sejarah ini.

#Kembali_sokong_PAS_pasti_tidak

No comments: