Hamdan Taha
Bila ada gerakan dari anak muda dan pembangkang buat perhimpunan Turun anwar maka penyokong PH terutama PKR semua keluarkan hujah hujah melucukan pada saya lah pada mereka mungkin bernas termasuk jcom
Mereka kata apa perlunya berhimpun sedangkan kita ada kerajaan yang stabil, perdana menteri bertaraf terbaik di dunia, perdana menteri paling sabar di dunia dan kenapa tak guna parlimen apa perlunya berhimpun, dah tak ada otak ke, pembangkang bodoh, pembangkang cuba tebuk atap, merosakan negara, sabotaj negara ... Saya ketawa tu kerana masa PH selama 25 tahun terutama PKR buat Demo itu lah ayat penyokong BN tapi semua penyokong PH tak terima malah mereka kata BN punya penyokong bodoh pula...
Sebenarnya ilmu Demo ni Pmx yang mulakan dan ajar, saya percaya Turun Anwar ni bukan mereka maksudkan anwar boleh di turunkan oleh perhimpunan tersebut, tapi itu adalah Gerakan MASA untuk ujudkan Persepsi bahawa Perdana Menteri malaysia adalah seorang yang ada masalah dalam negara tak dapat sokongan penuh dan ada gerakan untuk menjatuhkan beliau, dan orang muda suka Demo ni dan mereka nak tarik sokongan penyokong mereka dan rakyat, menjelang PRK dan PRU yang bukan lah lama lagi pun..
Jika ada serangan dan kawalan yang menyebabkan ada pergaduhan antara pendemo dan pdrm itu lah yang di cari cari kerana Perdana Menteri sekarang dan Menteri KDN adalah pejuang kebebasan bersuara dan perhimpunan aman. Jika tiba tiba PDRM kasar maka untung lah mereka dan serangan akan lebih kuat lagi pada Kerajaan...
Jumlah pendemo seperti di shah alam kata malaysia kini 100 orang tapi saya dapat berita yang sahih ada sekitar 400 ke 500 orang, malaysia kini ambil tugas Utusan Malaysia seperti kerajaan BN dulu, datang 10 ribu dia akan kata 2 ribu, datang 2 ribu katanya 200,ini peranan media pro kerajaan sama saja, pada hal malaysia kini masa PH belum Kerajaan jika ada Demo datang 1000 dia akan kata 5000,datang 30 ribu dia akan lapur 100 ribu... Ini biasa... Penyokong pun percaya dan ketawa, apa barang 100 orang... Tapi itu pemulaan untuk memulakan gerakan, dapat 500 hebat dah tu di zaman media sosial kuat ni...
Sekarang MPT pkr yang dulu menyerang kerajaan kali ni bertahan mempertahankan kerajaan dan PM walaupun di balas dengan kutukan pengampu oleh orang ramai termasuk ahli parti mereka, ahli PKR ahli biasa ni tak sama macam ahli umno, mereka berani bersuara kerana mereka tak ada kepentingan mereka pejuang keadilan dan nakkan kerajaan yang baik dan PM yang baik... Jadi bila tak kena je di hati mereka maka mereka tunjukan tanda tidak setuju, saya ni sama lah juga orang tak ada kepentingan dalam apa juga keadaan dengan kerajaan atau parti pembangkang, jadi saya boleh tulis apa saja... Bebas untuk sokong atau tak sokong...
Jcom yang ada sekarang mereka ahli pkr dan ada amanah dan ada umno, yang dari umno akan buat kerja jika umno kena hentam, jika pkr dan pm kena hentam mereka relax je buat tak kisah je sebab bos mereka umno dan zahid, dari pkr baru akan bertahan tapi masalahnya mereka dulu dari kelompok pendemo dan pengkritik kerajaan jadi hujah mereka tu tak cantik...
KP jcom kawan saya lah, tapi dia pun tau masa Muhidden jadi PM gunakan bahasa diri ABAH jadi bahan kritikan dan mainan oleh penyokong PH dan Rakyat, tiba tiba KP Jcom guna nama yang sama Tok Abah jadi bahan ketawa sahaja kerana pegang jawatan panas KP jcom, kalau tak pegang jawatan ok jer Tok abah ke tok Janggut ke... Tapi dia nampaknya lebih bagus lah dari Prof sebelum ini... Dan dari Puad.... Masa BN... Tapi jadi penyokong kerajaaan dan tugas pula nak pertahan kerajaan memang bukan senang... Tapi itu lah yang jentera kerajaan dulu rasa... Sekarang mereka pula rasa...
Jadi bagi penyokong ph jangan lah ketawa dan hina pendemo dari pembangkang atau anak muda atau sesiapa sahaja kerana saudara semua datang dari kandang yang sama.... Bagi lah mereka pula kali ni, lagi pun PMX bukan boleh jatuh dan di turunkan.... Kalau rasa tak puas hati guna skil yang ada buat pula perhimpunan pertahan PMX kumpul 10 juta orang atau paling tidak 50 ribu la, dulu masa belum kerajaan boleh kumpul 50 ribu tak kan dah jadi kerajaan tak boleh dapat 1 juta kot... Buat tengok Hidup PMX Hidup PMX ayatnya.... Dulu Hidup Najib Hidup Najib I love PM.... I Love PM zaman najib u all ketawa sekarang buat lah pula kan.... Hahahahahahahaha saya suka dan ketawa... Nanti PKR ahli dan penyokong mereka komen di wall saya... Komen lah apa pun jangan maki je... Saya ok je
No comments:
Post a Comment