Nazri Hamdan
Malaysia Airlines tengah gear up nak jadi antara pemain besar dalam pasaran A330neo kat Asia Pasifik.
Diorang baru order 20 buah pesawat A330neo yang baru maknanya fleet MAS akan jadi antara paling banyak pakai model ni.
Langkah ni penting sebab ia sebahagian daripada strategi nak jadi premium carrier kat rantau ni, lawan terus dengan Singapore Airlines, Cathay Pacific dan syarikat-syarikat besar lain.
Langkah ni juga tunjuk Malaysia Airlines makin agresif dalam merebut pasaran travel yang tengah melonjak semula lepas pandemik.
Bila ada fleet moden macam A330neo ni, bukan je jimat minyak dan kos operasi, tapi boleh tarik penumpang premium yang nak keselesaan dan servis tip-top.
Harapnya, dengan fleet baru ni, Malaysia Airlines boleh balik bersaing kuat macam zaman kegemilangan dulu.

No comments:
Post a Comment