Polisi cukai Mahiaddin ikut dan, ikut anak tekak, kata pengkritik pro Pas



Seorang pengkritik pro Pas berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yasin tidak mempunyai polisi yang konsisten dalam sistem percukaian yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Dikenali sebagai Tanaka Mustafa, beliau menyarankan Mahiaddin perlu berehat daripada menjadi Perdana Menteri sekali lagi sebaliknya memadai bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen sahaja.

“Tengok kepada carta alir yang tentera siber buat untuk sindir ni pun, kita boleh nampak TS Muhyidin tak ada solusi dalam bab percukaian.


“Hanya pakai polisi ikut dan, ikut anak tekak.

“Asal boleh lawan, kita lawan. Asal boleh tunggang, kita tunggang. Not good,” katanya dalam satu tulisan.

Menurut Tanaka, Presiden Bersatu berkenaan tidak perlu berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri kali kedua.


“Nanti nama akan jadi buruk sebagaimana Tun Mahathir jadi PM7.

“Suasana politik, geopolitik dan ekonomi hari ini, template cara tadbir urus TS Muhyidin akan ketinggalan zaman.


“Elok-elok rakyat suka semasa pentadbirannya semasa Covid-19, nanti kalau jadi PM11 prestasi buruk, sia-sia kena maki,” Tanaka lagi.

Pendirian Mahiaddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berhubung polisi percukaian dilihat tidak konsisten.


Berada di blok pembangkang, Mahiaddin kini mendesak kerajaan memansuhkan SST sebaliknya beliau semasa menjadi Perdana Menteri kelapan bertindak mengekalkan sistem cukai itu.












No comments: