Pengarah komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan asas untuk menerima kembali mantan ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam keadaan di mana Khairy tidak meminta maaf mahupun menulis surat kepada UMNO.
“Kita tak sepatutnya bincang perkara ini. Dia tak yakin dengan Bersatu dan Pas.
“Ego dia, dia tak nak rayu.
“Dia punca ramai kawan kita kalah.
“Sekurang-kurangnya dia perlu mohon maaf atau tulis surat.”
Empat hari lalu, Khairy berteka – teki dengan media berhubung spekulasi bahawa beliau akan kembali kepada Umno
Khairy telah dipecat dari Umno susulan serangan yang dibuatnya terhadap presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa kempen pilihan raya umum ke-15 pada 2023.
Ada ura-ura mengatakan bahawa Khairy akan ditawarkan bertanding di kerusi parlimen Kepala Batas yang pernah diwakili bapa mertuanya.
No comments:
Post a Comment