‘Langkah Kinabalu 2.0 antara Umno dan Warisan telah dimulakan’


 

Keputusan Umno Sabah untuk tidak meletakkan calon menentang Parti Warisan di Semporna pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang menunjukkan bahawa Langkah Kinabalu 2.0 telah dimulakan.

Pengerusi STAR Sabah Bahagian Kepayan, Bernard A. Logijin, sependapat dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, James Ligunjang, bahawa kedua-dua parti tersebut sekali lagi bekerjasama untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Langkah Kinabalu, yang melibatkan kedua-dua parti itu, sebelum ini gagal menumbangkan kerajaan GRS-PH pimpinan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bernard berkata, dakwaan Warisan baru-baru ini bahawa mereka akan bergerak secara solo untuk membentuk kerajaan Sabah yang terdiri daripada parti-parti tempatan semata-mata kini kelihatan hanyalah retorik politik kosong untuk memancing undi.

Sehubungan itu, Bernard menasihatkan para pengundi supaya tidak terpedaya dengan Umno Sabah dan Warisan.

“Saya percaya versi 2.0 akan menghadapi nasib yang sama kerana para pengundi kini lebih matang, bijak dan berani membuat perubahan besar bagi melindungi kepentingan serta hak diri mereka dan generasi akan datang,” katanya, lapor Daily Express.

Dalam perkembangan berkaitan timbalan ketua pegawai eksekutif AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo diura-urakan akan menyertai Warisan.






No comments: