KUALA LUMPUR, 30 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Sumbangan wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang, yang menziarahi Pau Chin di kediamannya.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Pau Chin serta keluarganya.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” kata hantaran semula di Facebook Perdana Menteri hari ini.
No comments:
Post a Comment