TAHNIAH DS MAT SABU TINDAKAN BERANI! PERASUAH DIDAKWA! DAN CUBAAN MAHATH...



Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah AS$300,000 daripada syarikat pembekal baja Singapura. Tertuduh, Nordin Ibrohim, 77, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut kertas pertuduhan, Nordin didakwa menerima suapan iaitu wang berjumlah – AS$200,000 dan AS$100,000 – daripada Kim Jong Kwa, Pengarah Syarikat Sung Chang Asia Pte. Ltd. Mengikut fakta kes, Kim Jong Kwa didakwa memindah wang daripada akaun bank milik syarikatnya ke akaun bank milik tertuduh sebagai upah membantu syarikat itu dilantik sebagai pembekal baja kepada pesawah oleh NAFAS. Nordin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Plaza Mont Kiara di sini antara 16 November dan 21 Disember 2022, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. ========================================================================== Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kedudukan wakil rakyat Umno dalam kerajaan hanya 'lalat'. Mahathir menggunakan perumpanaan itu sebagai memetik pandangan pemimpin DAP terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh baru-baru ini. "Yang berhormat ahli Umno, mengikut Nga Kor Ming, Umno hanya lalat. Nga Kor Ming adalah singa. "Sebab takut singa, Umno terima jadi lalat. Inilah Umno sekarang. Tidak lebih dari lalat


No comments: