LEPAS DEEPSEEK US

Fathi Aris Omar


 Selepas DeepSeek menggoncang industri kepintaran buatan (AI), semalam sebuah lagi syarikat China menawarkan model yang lebih hebat.


Alibaba Group Holding dakwa modelnya Qwen 2.5-Max lebih hebat, “comprehensively outperformed”, model DeepSeek-V3, lapor South China Morning Post.


Model baharu Alibaba juga lebih baik daripada dua model syarikat Amerika: GPT-4o milik OpenAI dan juga Llama-3.1-405B keluaran Meta (pemilik Facebook, Instagram dan WhatsApp).


Berita mengejut itu diumum melalui WeChat, aplikasi media sosial China, pada hari sambutan Tahun Baharu Cina.



Syarikat pemula DeepSeek ditubuh hanya pada 2023 dan kurang dikenali tetapi mendakwa mampu mengeluarkan model LLM yang sehebat OpenAI dan Google. 


Dakwaan paling mengejutkan daripada DeepSeek, hingga menggoncangkan keyakinan pelabur teknologi dan AI, ia boleh sehebat itu dengan dana US$5.6 juta sahaja dan cip kurang maju. 


Dakwa DeepSeek, ia menggunakan 2,000 unit Nvidia H800 GPU, cip yang kurang maju, untuk melatih model AI-nya, DeepSeek-R1. 


Sementara OpenAI, syarikat terhebat Amerika Syarikat, menggunakan 25,000 unit H100 GPU, cip lebih maju, dengan dana US$100 juta untuk melatih GPT4.


Sementara Alibaba sudah lama ditubuhkan, 1999, oleh usahawan terkemuka negara itu Jack Ma. Ia menyediakan pelbagai kemudahan teknologi e-dagang, misalnya Alipay, AliExpress dan perkomputeran awan. 


Saham Alibaba naik 1.2 peratus susulan pengumuman terbarunya, lapor Euro News, sementara dalam tempoh enam bulan sudah meningkat 25 peratus.


REAKSI CEMAS industri AI Amerika 

https://www.facebook.com/share/p/1Czs9MBhw5/


SAHAM MERUDUM angkara DeepSeek

https://www.facebook.com/share/p/1QRiWZ6XbW/



No comments: