MSO
Tanpa angin ribut tiba-tiba tasik damai DBKL bergolak apabila Datuk Bandar Maimunah Mohd Sharif mendedahkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung pemberian tander tanpa mengikut peraturan bernilai RM4 juta.
Sehubungan itu Menteri Wilayah Dr Zaleha Mustafa pula jadi terjungkit dengan memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kejadian itu.
Tampaknya dua wanita ini tidak main-main dengan tugas dan tanggungjawab diberikan kepada mereka sebab itu Perdana Menteri melantik mereka untuk kawal dan pantau DBKL.
Serentak dengan isu ini muncul, Setiausaha Politik PM Azman Abidin pula mendedahkan yang namanya dikaitkan dalam kasus ini. Pendedahan itu menunjukkan Azman tidak tahu menahu dan terbabit dengan kasus itu. Penjelasan Azman itu mengesahkan perkara itu. SPRM pula telah menyatakan kesediaannya untuk melakukan siasatan.
Yang jadi tanda tanya dan pertanyaan umum kini sipakah individu yang terbabit dengan salah laku itu? Logiknya apabila ia mengaitkan nama orang kuat PM tentu ia datang daripada parti PH atau BN.
Dalam konteks ini apabila nama Azman dikaitkan tentu person berkenaan datang daripada Keadilan?
Jika benar datang dari Keadilan tentulah mereka yang menyertai atau baru aktif dalam parti itu setelah parti menjadi kerajaan dan bukan pejuang asal diera reformasi.
Sebab kalau mereka yang berjuang diawal reformasi tidak tergamak untuk mengotori kemurnian kerajaan Madani atau gila-gila tagih projek demi kepentingan diri kerana mereka lebih menghormati kerajaan dan akur dengan tatakelola dilaungkan Presiden mereka yang juga PM?
Selepas selesai siasatan kita harap DBKL umumkan individu berkenaan dan jangan sucikan di bawah karpet. Trims.
No comments:
Post a Comment