Norman Daud
Kalau kita lihat disebalik krisis tenaga dunia akibat perang Amerika VS Iran ni rakyat negara kita masih lagi hidup aman tenteram.. macam takdek apa apa yang berlaku pun. Harga barangan terkawal tiada lonjakkan kenaikkan melampau, bekalan makanan cukup cuma minyak la kena catu. Yang pakai diesel pun yang dapat Budi diesel ada tambahan RM400 sebulan. Boleh dah kalau nak bayar bulanan kereta axia rahmah atau Myvi 2nd hand.
Punyalah tak terasa kesan krisis ni sampai dalam media sosial pun dah takdek dibahaskan sangat dah pasal isu ni.
realitinya yang kita tak nampak dan rasa sebenarnya bukan begitu. Ni penulisan saya ni memang akan nampak macam nak menakutkan orang..
Tapi dalam masa sama, pakar tenaga dunia memang sedang beri amaran tentang “fasa kedua” krisis bermula pertengahan 2026. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberi amaran bahawa pasaran minyak dunia boleh masuk “red zone” sekitar Julai–Ogos akibat gangguan bekalan dan stok simpanan global yang makin susut.
Masalah sebenar muncul bila rantaian bekalan global mula “kering”.IEA menjangkakan pengeluaran minyak global boleh jatuh hampir 3.9 juta tong sehari pada July/Ogos 2026 jika gangguan di Selat Hormuz berterusan. Banyak industri petrokimia, automotif dan semikonduktor sudah mula memberi amaran tentang kekurangan bahan mentah.
Berita daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyuarakan kebimbangan mengenai sektor agromakanan ekoran kos baja berasaskan gas asli dan kos pengangkutan laut yang melambung tinggi. Negara-negara pengeluar makanan utama dunia dijangka akan mengambil langkah "Protectionism" iaitu menyekat atau mengehadkan eksport hasil pertanian mereka (seperti beras, gandum, atau gula) demi memastikan bekalan domestik mereka sendiri cukup sepanjang krisis perang ini.
Sekatan eksport ini diramal akan mula memberi kesan langsung kepada pasaran global dalam tempoh 60 ke 90 hari akan datang, menyebabkan negara pengimport makanan terpaksa membeli pada harga premium yang sangat mahal.
Dan banyak lagilah kesan kepada sektor sektor lain seperti sektor pertanian, perkapalan yang saya dah malas nak tulis.
Jadi.. Are we even aware of what's coming for our country?
Ya..fasa pertama krisis ini setakat ini berjaya diurus dengan relatif dan stabil. Di bawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim , kerajaan memilih pendekatan intervensi yang jelas memastikan rakyat tidak menjadi mangsa awal kepada gelombang krisis global.
Subsidi diteruskan secara bersasar, bantuan seperti BUDI Diesel diperkenalkan, kawalan harga diperketat, dan mekanisme pengurusan bekalan diperkukuh. Dalam keadaan tekanan luar yang tidak menentu, dasar ini memberi ruang nafas kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan tanpa kejutan ekonomi yang melampau.
Sebab itu, walaupun dunia berdepan ketidaktentuan, rakyat Malaysia masih dapat menjalani rutin harian seperti biasa
Dan berdasarkan rekod pengurusan setakat ini, keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk terus mengemudi cabaran ini masih wajar dipertahankan.
Dalam keadaan global yang mudah berubah, keupayaan untuk mengekalkan kestabilan domestik adalah satu pencapaian yang tidak boleh dipandang ringan.
Namun, kekuatan sebenar negara bukan hanya terletak pada kerajaan semata-mata.
Kita sedang memasuki era di mana cabaran global memerlukan kesatuan nasional yang lebih kukuh. Justeru, seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu melihat isu ini dari lensa yang lebih besar iaitu kelangsungan negara.
Perbezaan politik tidak seharusnya mengatasi kepentingan bersama untuk memastikan Malaysia kekal stabil, bersedia dan berdaya tahan.
Jika kerajaan memikul tanggungjawab dasar dan pengurusan, rakyat pula memikul tanggungjawab untuk kekal bersatu, rasional dan tidak terperangkap dalam perpecahan yang melemahkan ketahanan negara.
Krisis ini belum berakhir.
Tetapi dengan dasar yang stabil, kepimpinan yang berfungsi, dan rakyat yang bersatu hati melangkaui batas politik, Malaysia mempunyai asas yang kuat untuk menghadapi fasa seterusnya dengan lebih teratur dan berdaya tahan.





No comments:
Post a Comment