SAYA CINA, TETAPI SAYA BERPANDANGAN BAHAWA TIADA KEPERLUAN UEC DIKKTIRAF
Statistik KPM menunjukkan bahawa sejak lima tahun ke belakang ini, cuma 1 - 2 ribu pelajar daripada 400 ribu pelajar di seluruh negara memilih untuk mengambil UEC tanpa SPM.
2025: 413,299 pelajar SPM (10,944 pelajar UEC -> 9,580 pelajar UEC ambil SPM)
2024: 378,606 pelajar SPM (10,617 pelajar UEC -> 8,689 pelajar UEC ambil SPM)
2023: 373,525 pelajar SPM (10,472 pelajar UEC -> 8,306 pelajar UEC ambil SPM)
2022: 373,974 pelajar SPM (11,430 pelajar UEC -> 8,930 pelajar UEC ambil SPM)
2021: 382,156 pelajar SPM (11,497 pelajar UEC -> 8,758 pelajar UEC ambil SPM)
Setiap tahun, cuma 1 - 2 ribu pelajar daripada 400 ribu pelajar di seluruh negara memilih untuk mengambil UEC tanpa SPM.
1 in 200 atau 0.005% students mengambil UEC tanpa SPM.
0.005%!!!
Maka persoalan yang timbul ialah, kenapa perlunya dibangkitkan isu UEC sehingga mencetuskan polemik yang begitu besar di seluruh negara?
Adakah ianya berbaloi untuk mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995% semata-mata nak “beri hadiah” kepada ibu bapa 0.005% pelajar yang menduduki UEC tanpa SPM, di mana 0.005% ini tidak minta pun!
Saya bukan salahkan ibu bapa 0.005% ini, kerana 0.005% yang mengambil UEC tanpa SPM ini, ibu bapa mereka sedar & tahu bahawa UEC tidak diiktiraf oleh IPTA mahupun sektor awam. Dalam keadaan sedar akibatnya, mereka masih membuat keputusan supaya anak-anak mengambil UEC tanpa SPM, maka itu hak mereka lah kerana mereka tidak mempunyai rancangan untuk menghantar anak-anak ke IPTA mahupun mohon pekerjaan di sektor awam di masa akan datang.
So… bagi hadiah yang tidak diminta kepada 0.005% VS mengakibatkan ketegangan dalam kalangan 99.995%
Was it really worth it??
Sejak seminggu ini, saya juga dapati satu kumpulan Cina tak habis-habis mendesak supaya UEC diiktiraf sepenuhnya.
Kumpulan ini keahliannya 100% Cina. 100% Cina!
Tidak ada kaum lain dalam kumpulan mereka waima 1% pun.
Seperti “UEC on steroids”, dari pimpinan peringkat tertinggi ke peringkat bawah, dari Presiden ke Timbalan Presiden ke Naib Presiden, dari sayap Wanita ke sayap Pemuda, kumpulan 100% Cina ini mengeluarkan berpuluh-puluh kenyataan media dalam bahasa Cina di pelbagai laman media sosial dan akhbar.
Ada dalam kalangan mereka juga berjawatan dalam kerajaan negeri.
Saya kepilkan tangkap layar posting-posting berbahasa Cina dari kumpulan 100% Cina ini untuk tatapan semua.
“统考” yang ditulis dalam kenyataan-kenyataan kumpulan 100% Cina mereka bermaksud “UEC”.
Ye. Saya Cina. 100% Cina. But I will say it again.
Enough is enough lah! Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC diiktiraf.
No comments:
Post a Comment