OWH MACAM PAS LOMPAT DARI PERJUANGAN HUDUD KEPADA MENYOKONG PENYAMUN KOT

 

Teliti sebelum bentang RUU Anti Lompat Parti, kata Hadi





Abdul Hadi Awang berkata, isu lompat parti dilalui PAS sejak 1959
 sehingga dua negeri, Kelantan dan Terengganu tumbang akibat
 tindakan wakil rakyat yang melompat parti pada 1960. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu diteliti secara menyeluruh sebelum dibentangkan di Parlimen, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berpandangan penaksiran mengenainya perlu dilakukan berdasarkan perjuangan untuk menyelamatkan rakyat, bukan diri sendiri.

“Kita perlu sedar lompat parti ada sebab-sebabnya…jika disebabkan dasar dan perjuangan betul, ia tidak boleh ditolak, tapi jika disebabkan perjuangan salah, kita boleh tolak.

“Sebab itu kita berpendapat perlu kepada penaksiran kerana perjuangan kita adalah untuk selamatkan rakyat, bukan selamatkan diri,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ahli PAS tidak digalakkan mengikut kehendak parti jika dasar perjuangan diubah.

Menurutnya, isu lompat parti telah dilalui PAS sejak 1959 sehingga dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu tumbang akibat tindakan wakil rakyat yang melompat parti pada 1960.

Katanya, PAS sudah lama berusaha menangani masalah lompat parti dan disebabkan itu parti itu memperkenalkan kaedah baiah.

“Mana-mana wakil rakyat daripada PAS yang melompat parti diwajibkan meletakkan jawatan dan jika enggan melepaskan jawatan akan dilaknat Allah.

“Saya dimaklumkan pembentangan RUU Anti Lompat Parti sebagai persediaan awal termasuk di peringkat asas Perlembagaan,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Bersatu cuba melengahkan pembentangan RUU tersebut, Hadi berkata, PAS dan parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan dan ia memerlukan perbincangan.

“Jika Ahli Parlimen Bersatu cuba untuk melengah-lengahkan pembentangan RUU itu, kita parti dalam Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan perbincangan kerana kita sebahagian daripada kerajaan.

“Saya secara peribadi tidak dimaklumkan berlakunya pergolakan dalam Bersatu, mungkin hanya perbezaan pendapat dan bukannya satu pergolakan,” katanya.


No comments: