Anggota KEADILAN segera daftar sebagai pemilih - Saifuddin Nasution







 Pemilihan KEADILAN 2022 akan menjadi penentu kekuatan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa agar anggota KEADILAN segera mendaftar diri sebagai pemilih dan mengambil bahagian pada hari pengundian 13 Mei ini.


"Saya Setiausaha Agung KEADILAN. Pada tahun ini akan berlangsung pemilihan parti pada tanggal 13 Mei 2022.


"Dengan kekuatan 1.2 juta anggota saya suka mengambil peluang ini untuk menggesa anggota parti beramai ramai mendaftar sebagai pemilih," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Saifuddin, terdapat dua cara untuk anggota memilih kepimpinan pada kali ini, iaitu melalui aplikasi ADIL atau mengundi di dewan secara biasa.


"Pertama pemilih atas talian. Daftar melalui aplikasi ADIL dan ini memberi peluang anda untuk mengundi pada 13 Mei dengan menggunakan gajet smartphone anda. Sudah tentu parti juga menyediakan satu lagi kaedah pengundian, iaitu secara fizikal di dewan pengundian.


"Kesempatan ini saya ulangi untuk mengajak anda semua, anggota parti menunaikan tanggungawab mendaftar melaui aplikasi ADIL bagi memudahkan anda menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih," katanya lagi.


Dengan dilanjutkan tempoh akhir pendaftaran hingga 21 April, KEADILAN mengharapkan lebih banyak anggota akan mengambil bahagian dalam menentukan kepimpinan pada kali ini, terutama apabila parti telah menyediakan kemudahan mengundi atas talian, iaitu yang pertama seumpamanya digunakan dalam mana mana parti politik di Asia Tenggara.



No comments: