Singapura, Taiwan dan Korea dianggap pilihan CNN dan berita luar
negara sebagai 3 negara terbaik di dunia menangani Covid 19. Ia terbaik dari
segi perubatan, SOP yg tegas dan cepat bertindak di kawasan berlaku ( tutup
atau kuarantin kawasan yg berlaku ). Dalam masa sama negara tersebut
'balance'kan sektor ekonomi utk berkembang.
Saya telah menemubual 3 rakan yg terkena Covid19. Seorang ada
simptom demam, seorang tanpa simptom dan seorang lagi hanya hilang deria bau.
Yg demam itu memberitahu dia diberi ubat antiviral dan beberapa
lagi. Hanya dlm tempoh 2 hari demamnya pulih dan boleh makan seperti biasa.
Beliau hanya menjalani kuarantin di rumah.
Rakyat kita tidak diberi penerangan yg jelas atau yg menenangkan
mereka. Di Sabah... rakan Semenanjung ramai yg bertanya dan mendoakan saya,
alhamdulillah dan terima kasih. Ya kawasan saya di KK adalah red zone tetapi
70% bumi Sabah masih tidak dikenakan PKPB atau masih bagus.
Antara faktor yg membuat rakyat kita panik atau paranoid apabila
kurang pemahaman, kurang maklumat mengenai kes dan sifat2 Covid, akibatnya
melihat pemakai gelang pink mereka lari seperti lari dari penyakit kusta.
Rakyat negara kita hanya melihat angka jangkitan tetapi dia mahu
melihat Stage pesakit dan angka pesakit yg sembuh.
Contoh di Malaysia kes lebih kurang 13,500 tetapi yg sembuh 10
ribu kes. Ia peratusan yg tinggi. Media pula hanya memaparkan wajah mereka yg
kritikal di rawat di hospital tetapi jarang sekali kita melihat mereka yg
dirawat seperti pesakit luar duduk, baring, membaca di atas katil sambil
menunggu Nurse memberikan ubat anti virus dan mengukur suhu badannya.
Atau mereka yg mempunyai Covid tetapi sekadar makan ubat dan
kuarantin di rumah sahaja. Sdgkan kelompok inilah yg dianggap teramai terkena
Covid19. Implikasinya rakyat panik. Rakyat hanya tahu mereka yg terkena virus
antara hidup dan mati sahaja sdgkan 85% adalah dianggap pesakit bukan kritikal.
Berdasarkan daripada rekod dan pengalaman itu adakah Covid ini
patut ditakuti sepertimana serangan Zombie dlm World War Z. Ya ia patut
ditakuti oleh warga tua yg berumur 70 tahun ke atas dan mereka yg mempunyai
penyakit kencing manis, buah pinggang dan sebagainya.
Dlm tempoh dua hari lebih 7 org mereka yg mati kerana Covid19 di
Sabah adalah mereka yg mempunyai latar belakang sakit kencing manis, buah
pinggang dan sebagainya.
New Normal... Normal baru....?
Apakah itu new normal atau normal baru. Sebelum itu bersyukur
khabarnya vaksin akn mula dipasarkan menjelang awal Januari tahun depan.
Malaysia adalah negara utama yg akn dijual oleh China. Jadi sambil menunggu
vaksin itu tiba kita kena lakukan sesuatu utk hidupkan kembali ekonomi kita.
Negara maju yg kaya pun tidak mahu atau tidak mampu utk bertahan
jika berterusan lockdown inilan pula negara kita yg sdg berhutang sehingga
trillion. Masa itu emas utk ekonomi kita tidak boleh menunggu hingga ke angka
20 kes sehari.
Normal baru bermaksud jgn panik bukan sekadar menjalani
kehidupan cara baru sahaja? Sebab kita perlu membuka sektor ekonomi. Yg perlu
kerajaan hebahkan skg ialah kempen memakai mask, SOP dan gerakkan ekonomi.
Normal baru ini juga kita sarankan mereka yg mempunyai penyakit
kritikal seperti kencing manis buah pinggang dan sebagainya akn secara
automatik diberi cuti sebulan bergaji di kawasan red zone oleh kerajaan.
Kerajaan jgn membiarkan rakyat memviralkan sesuatu yg menakut nakutkan
rakyat. Mesti ingat org Melayu ini hanya seorang lelaki kebetulan pada malam tu
hantu bertenggek dkt atas pokok, habis dikatakan pokok tu berhantu. Tak lalu
dah org kampung kat jalan tu waktu malam di situ.
Begitulah juga jika hanya dia sahaja yg nampak hantu dkt bilik
hotel tersebut habis dia katakan hotel itu berhantu. Kalau nak ikutkan mana
hotel yg tiada hantu? Semua hotel kena tutup. Saya sendiri pun yg selalu travel
zaman bekerja hingga skg rasanya 3 kali kena ganggu tapi tak adalah saya kata
hotel itu berhantu.
Sebab 'hantu' ini ada di mana2.