1) JIKA kita amati betul-betul sebenarnya PETANDA dan RESIPI
akan tersungkurnya Abah Yiddin dan KERAMITA (KERAjaan Melayu Islam Tebuk Atap)
yand dahulunya saya sebut sebagai Pee eNd telah lama wujud. Ia hanya semakin
hari semakin hampir tamat riwayatnya. Hari ini kita lihat ianya jelas sudah
semakin hampir.
2) Untuk artikel kali ini saya hanya ingin mengimbau kembali apa
yg pernah saya tulis dalam artikel terdahulu bagi menggambarkan petanda yang
tidak menyebelahi Abah Yddin dan KERAMITA. Ia ditulis seawal 22 May 2020 hanya
3 bulan selepas PH dijatuhkan melalui PNkhianatan tapi saya kira masih relevan
untuk diulang sebut..
3) Anda boleh baca artikel penuh di link ini : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/888457291658656
bertajuk KAWAQ TEBUK ATAP, HERO TENDANG PINTU DEPAN. Jika pendokong PNkhianat
dan PNyamun berbangga kononnya Tebuk Atap adalah seni politik "Tikam
Belakang" mereka, DSAI lebih jantan kerana berani "Tendang Pintu
Depan" tanpa "Tikam Kawan". Saya tertarik dengan Status
dikongsikan Sdr. Shahbudin Husin pada 12 Oktober 2020 mengenai Perbezaan
Langkah Sheraton vs Langkah Anwar. Ia sangat tepat dan relevan.
4) Kembali kepada Artikel bertarikh 22 May 2020 berkenaan, pada
para 3), 4) hingga 6) saya bercakap tentang "Trust Deficit" yang
bakal menjadi masalah besar kepada KERAMITA dari pelbagai sudut samada dari
segi ekonomi mahupun pentadbiran. Saya sudah sebut "Trust Deficit"
BUKAN DONGENG atau omongan kosong. Agaknya mereka tidak faham akan hal ini.
Lihat kesannya sekarang. Dari segi Ekonomi KERAMITA gagal mendapat kepercayaan
Pelabur Asing dan Tempatan. Dari segi pentadbiran, Rakyat mula kecewa, malah
MP-MP yg mendokong Abah Yiddin dan KERAMITA mula resah dan hilang keyakinan.
5) Pada para 15) Artikel berkenaan saya menyentuh tentang
"Endurance Test". Jika diperhatikan apa yg DSAI dan Keadilan lakukan
dengan bertegas terhadap PT95, mereka sebenarnya telah melihat jauh kehadapan
dan tahu apa yang mereka mahu capai tanpa PT95 and the gang. Sebab itu saya sering
menyebut tentang "Endurance Test". DSAI dan Keadilan bukan gelojoh,
mereka tidak risau tentang ini kerana pada mereka pejuangan ini adalah
"Indefinite" tapi akan berusaha mencapai matlamat pada masa yang
sesuai dan dengan cara terbaik tanpa menggadai prinsip REFORM. Ini yang tidak
sanggup ditunggu oleh kalangan Anai-anai PANtuk dan tuan mereka #K3 yang
menjadi talibarut PT95 dan pejuWANG, Mat SEBULU dan Warisan.
6) Atas sebab ramai yang tidak boleh dipercayai dan aktiviti
"jual beli katk" sangat berleluasa dewasa ini serta ramainya
PNkhianat dalam dan luar PH, maka DSAI tiada pilihan melainkan memainkan
strategi in secara rahsia SEBELUM "AMBUSH" dengan "Tendang Pintu
Depan". "Endurance Test" ini sedang berjalan, jangan terlalu
cepat menuduh DSAI temberang atau gagal. Ia baru bermula. Mampukah Abah Yiddin
dan KERAMITA bertahan? Masih tak mahu akui hilang majoriti dan letak jawatan?
Tunggu. UMNO mula ambil kesempatan. Sudah berkira-kira mahu menarik diri dari
PN atau diberikan syarat baru oleh Bersatu?
7) JIKA dulu Bersatu pernah mengkhianati PH skrg mereka akan merasa pula dikhianati oleh UMNO. Lihat para 16) Artikel tersebut, saya telah ramalkan MP-MP dari UMNO akan merasa bosan dan terkesan secara "𝗽𝘀𝗵𝘆𝗰𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆", cuma berikan mereka masa, anda akan melihatnya akibatnya. Lihat apa terjadi hari ini. Pada para 18) dalam artikel 5 bulan yg lepas itu, saya menyebut yang Abah Yiddin bakal hilang jawatan disebabkan salah satu pembentangan perbekalan atau Belanjawan 2021 yang paling "ultimate". Pendapat ini turut dikongsi oleh Sdr Chor Sniper. Ia bisa shj terjadi JIKA YDPA masih belum berpuashati yang DSAI punya majoriti.
8) JIKA Belanjawan 2021 ditolak, pilihan Abah Yiddin ialah
menasihati YDPA untuk membubarkan Parlimen tetapi seperti yang telah sebutkan
pada para 20)...𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗞𝗜𝗥𝗔 𝗮𝗱𝗮𝗹��𝗵 𝘁𝗶𝗽𝗶𝘀 utk YDPA
memperkenankannya dalam keadaan pandemic COVID-19 yang menular.
9) Oleh itu, JANGAN GUSAR walau tidak semestinya YDPA akan
melantik DSAI secepat mungkin kerana baginda perlu mempertimbangkan mengikut
proses dan procedure diperuntukan oleh Perlembagaan. Saya ramalkan
"Turning Point" adalah JIKA benar Zahid Hamidi Presiden UMNO diterima
mengadap jam 5.00 ptg Khamis (esok). Tapi janganlah penyokong PH mahupun haters
DSAI "pancut awal" kerana jika Zahid gagal "execute" plan
itu kita masih ada 7 November 2020 iaitu hari pembentangan Belanjawan 2021.
Mana mau lari Abah Yiddin, bukankah UMNO dah bagi hint semalam?
10) Bukankah ini "Endurance Test"?? Siapa yang mampu
bertahan samada bertahan dalam kedudukan "defensive" mahupun tahan
lasak melakukan "offensive"? Kata orang kampung saya...."U tell
me...!!".
Wallahualam.
- Zus Din
14 Oktober 2020