MAHATHIR BOLEH BLAH, MUHYIDDIN WAJAR LETAK JAWATAN



Mahathir kata dia tak sokong Anwar.  Semenjak bila dia sokong Anwar? Ingat Anwar kemaruk dgn sokongan hang? Apa yg penting tugas Anwar dah selesai, dan Anwar minta kita bersabar dan beri masa Agong jalankan tugas selanjutnya.  

Ada yang kata, Anwar tak serah nama kat Agong, hanya jumlah sokongan saja.  Eh, kalau begitu mengapa Agong teruskan proses untuk bertemu dengan semua pimpinan parti?  Ertinya, apa yang dipersembahkan oleh Anwar itu diterima oleh Agong.  Cuma, proses biasa perlu dilakukan.  Anwar pun faham proses ini dan beliau mahu semua menghormati proses ini.  

Jelas, Anwar tidak berbohong untuk menyatakan bahawa Muhyiddin telah hilang majoriti.  Anwar juga berjaya bawa jumlah sokongan terhadapnya bukan sekadar di sidang media, tetapi di Istana.  Adakah Anwar tidak waras sehingga berani menipu Agong? 


Sewajarnya Muhyiddin meletakkan jawatan sekarang agar proses peralihan kuasa boleh berjalan dengan licin.  Tidak perlu Muhyiddin tunjuk keras kepala sehingga mencemarkan imejnya.  Siapa PM, itu urusan dan hak Agong untuk tentukan apabila hasil selidikannya  memuaskan hatinya dan yakin orang itu telah mendapat sokongan majoriti.  Orang itulah PM.


WFAUZDIN NS


No comments: