YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 6

NORMAN RADZUAN


Saya mengkaji dari 24 Sept hingga 7 Oktober kes lebih seribu di Korea tetapi Korea tetap meneruskan sektor ekonominya. Begitu juga Jepun negara pandang ke timur Malaysia yang kesnya 2,500 dari 24 Sep hingga 7 Oktober, bandaraya sibuk itu tetap meneruskan sektor ekonominya seperti biasa.

Berbeza dengan Singapura yang kes kini sdg menguncup ke 2 digit. Walaupun baru-baru ini ada kes peningkatan kes di negara tersebut tetapi sektor ekonomi berjalan seperti biasa.

 

Adakah pemimpin negara seperti Singapura, Korea, Taiwan, Turki, UAE dna lain-lain itu mereka tidak pedulikan kesihatan rakyat mereka? Adakah negara yang peradaban Tamadun beratus tahun dari kita itu mundur cara mereka berfikir.

Jadi saya mengambil konklusi kita wajar meneruskan sektor ekonomi ini. Syukurlah negara kita ini agak besar... kita mampu mengharapkan ekonomi digerakkan secara domestik.

 

Jadi kesimpulan tanya pada diri kita adakah kita mahu tunggu Covid 19 below 10 utk buka ekonomi?Dlm tempoh awalan Covid19 memang kita setuju PKP diadakan kerana kita tidak tahu bagaimana cara virus ini menyerang atau belum mengenali sifat virus ink. Namun selepas 8 bulan atau setahun Covid 19 yg bermula dari China, Saintis atau pakar perubatan mula mengenali virus ini.

Langkah kerajaan Selangor meminta kerajaan pusat memikirkan semula PKPB seluruh Selangor adalah wajar. Harga PKP atau PKPB ini sgt mahal utk ditanggung kerajaan dan rakyat.

 

Ekonomi kena gerakkan. MAS dan Air Asia sudah beribu membuang pekerja dan semalam Malindo mengumumkan 2,200 pekerja akan dibuang.

Normal baru kita bukan sahaja memakai mask, jaga jarak sosial tetapi kita sudah tidak hairan jika pilot bakal bekerja sebagai Grabfood, Engineer menjadi tukang masak....

 

Saya ada sediakan rakaman klip video yg telah saya edit mengenai suasana beberapa negara sekitar September lalu. Bagaimana rakyat negara tersebut terus menggerakkan ekonomi mereka.

 

Saya juga ada menyelitkan beberapa hujah pakar, pemimpin dan org ramai mengenai Covid19. Sekali lagi saya ingatkan tiada paksaan utk menerima padangan saya... jika anda memilih mahu terus berkurung di rumah silakan... sama2 kita berdoa semoga kita dipelihara... Ameen.