Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya
tidak akan berlaku jika kerajaan mewajibkan kuarantin 14 hari kepada mereka
yang kembali dari Sabah, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata, ini adalah
disebabkan majoriti peningkatan bilangan kes di sekitar Lembah Klang adalah
disebabkan individu yang dari Sabah sejak awal bulan September.
"Sekiranya mereka dapat
melakukan kuarantin dua minggu bagi mereka yang kembali dari Sabah sejak awal,
kita mungkin dapat menghindari PKPB sekarang," katanya seperti dilaporkan
Free Malaysia Today.
Walaupun sudah agak terlambat
untuk melaksanakan PKPB, Boon Chye berharap ia dapat mengekang wabak COVID-19
daripada terus berleluasa.
"PKPB akan dapat mengekang
penyebaran virus dan menurunkan kadar jangkitan.
"Sekiranya ia tidak
menjadi juga, ia akan menjadi satu bencana," katanya.
Boon Chye yang juga bekas
timbalan menteri kesihatan menggesa kerajaan supaya memastikan rakyat jelas dan
tidak keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKPB.
"Jangan umumkan langkah
baru setiap hari. Apa sahaja langkah di bawah PKPB, ia mesti dilaksanakan selama
dua minggu. Jenis aktiviti harus diseragamkan, supaya semua orang dapat
mengikuti dan memahami," katanya.
Boon Chye bagaimanapun
meluahkan kebimbangannya terhadap kekurangan tenaga kerja dalam sektor
kesihatan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri bagi melakukan
kegiatan seperti mengesan kontak rapat, pemeriksaan dan pengujian, dan juga
untuk merawat pesakit baru COVID-19.
“Mereka kekurangan kakitangan
untuk menangani aktiviti kesihatan awam kerana terpaksa merawat begitu banyak
pesakit dalam jangka masa yang singkat, terutamanya di Sabah. Banyak hospital
merasakan tekanan.
"Di atas kertas kelihatan
baik-baik saja, tetapi kami tahu, di lapangan, kakitangan sangat tertekan. Ia
membimbangkan. "
Justeru, Boon Chye berpendapat
rancangan KKM untuk mengambil seramai 1, 899 pekerja kesihatan secara kontrak
adalah langkah pertama yang baik.
"Buat masa ini 1, 899,
tetapi saya rasa mereka merancang untuk membawa masuk 2,000 orang. Semoga 2,000
orang dapat diambil bekerja dengan segera. "
Katanya, kementerian juga harus
membuka kriteria pekerjaan untuk aktiviti kesihatan awam seperti mengesan
kontak rapat.
"Ini sebenarnya tidak
memerlukan seseorang untuk menjalani latihan kesihatan awam. Ini boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja.
"Kementerian boleh
memberikan latihan dan dalam waktu empat minggu mereka dapat melakukan tugas
mudah seperti mengesan kontak rapat."