YANG MAKAN GAJI DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI-SIRI 3

 

Utk mengelakkan suasana panik kerajaan wajib memberikan maklumat terperinci lokasi bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin. Bila viral kononnya jgn pergi di hotel, pasaraya tertentu hanya kerana satu dua org terkena Virus ia akn memberi kesan yg sgt besar kpd ekonomi setempat.

 

Sewajarnya jika ada kes berlaku... Mall itu ditutup separuh hari utk proses 'nyah cemar'. Jika hanya seorang pesakit Covid19 yg bekerja di shopping Mall Pavilion dan pulang kerja singgah ke KLCC. Selepas itu menaikk LRT dan MRT pulang ke rumah, adakah Mall dan LRT perlu ia ditutup dan dihentikan operasi beberapa hari?

 

Ajar masyarakat jgn mudah viralkan kerana ia akn melumpuhkan sektor ekonomi negara seperti kata bekas staff saya yg bekerja di Singapura skg ini... di sana kerajaan Singapore sibuk mempromosikan rakyatnya utk keluar merancakkan ekonomi negara tersebut walaupun kes kadang2 meningkat hingga 50 sehari.

KKM wajar memberikan secara detail mengenai wabak ini. Kena beri penerangan kes ni apakah stage pesakit Covid19 ni. Saya ada bertemu dgn seorang Dr Klinik yg rapat. Dia org Perak yg sudah mempunyai Klinik di Sabah. Saya ambil kesempatan berbual dgnnya.

 

Biarlah saya rahsiakan namanya kerana mungkin Dr ini berbeza pendapat dgn Dr pakar yg lain. Hujahnya hampir sama dgn saya hasil maklumat rakan dan pembacaan apa yg berlaku di luar negara.

 

" Selepas Covid menyerang dahulu byk kajian dibuat Sainstis di luar negara. Covid ini ada 4 stage macam cancer. Stage 1 mereka tiada simptom tapi ada virus Covid19. Stage 2 mereka yg perlukan dikuarantin di rumah atau hospital dgn diberi ubat 'anti virus' dan sebagainya.

 

" Stage 3 mereka yg ditempatkan di unit ICU... yg perlukan bantuan ventilator atau pengawasan rapi. Stage 4 yg dianggap peluang tipis dan bergantung sepenuhnya kpd ventilator. ( Hasil pembacaan saya di barat dan China, penggunaan ventilator meningkatkan kematian hingga 80% . Di Hospital Toronto Canada memaklumkan penggunaan ventilator mudah merosakkan paru2 ).

" Hasil dari kajian di luar negara mereka yg muda biasanya akn sembuh kecuali ada latar belakang penyakit. 90% yg mati di seluruh dunia mereka yg tua dan ada sejarah penyakit terutama kencing manis, buah pinggang dan sebagainya. Tapi yg sihat biasanya antibodi mereka mampu melawan Covid19 secara semulajadi atau ubat.

 

" Saya setuju pendapat Norman... jika kita saring setiap pekerja kes kita tak mustahil jumlahnya 100 ribu. Ini kerana byk kes di luar negara mereka tidak mempunyai simptom tetapi bila disaring ada Covid19. Saya setuju jgn panik kerana virus ini tidak akn habis selagi tiada vaksin. Jika panik ekonomi akn lumpuh... barangkali stress muncul dan pelbagai jenis penyakit yg timbul ," jelas Dr tersebut kpd saya.