Jika gambar ni MoU pihak kerajaan, comfirm PAS/PN hentam Kerajaan dan tajuknya jadi “MB Perlis bagi 3,000 ekar tanah kepada anak syarikat Tauke Judi untuk projek REE” kan ?
Maklumat: Majlis menandatangani MoU dianjurkan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025, disaksikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, bersama tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan.
Butiran Projek Rare Earth
• Eksplorasi bermula Julai 2025
• Permohonan lesen: Januari 2026
• Aktiviti perlombongan: November 2026
• Pelaburan permulaan: RM15 juta
• Perbelanjaan tambahan untuk kilang pemprosesan: RM120 juta
• Kerjasama melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) Perlis
Butiran Projek Perladangan
• Lokasi: Mukim Titi Tinggi, Perlis
• Keluasan: 3,000 ekar
• Fasa penanaman bermula 2024
• Pokok yang telah ditanam: 25,000 pokok durian Blackthorn
• Kos pembangunan setakat ini: RM60 juta
• Hasil projek akan dikongsi dengan kerajaan negeri melalui MBI, termasuk sewaan tanah yang menyumbang kepada hasil negeri.
SG




No comments:
Post a Comment