Surat terbuka tuntutan Rakyat Malaysia Kepada Presiden Hak Kemanusiaan Etnik Rohingya Malaysia



Dari       : MAJLIS MUAFAKAT PENDIDIKAN JOHOR DAN PERIMAU JOHOR (MALAYSIA)

Kepada : ZAFAR AHMAD BIN ABDUL GHANI                                                         
Tarikh    : 23 APRIL 2020

TUNTUTAN SUPAYA SEMUA ETNIK ROHINGYA DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL TERMASUK JUGA PRESIDEN.

Menurut perkara diatas surat tuntutan anda kepada kerajaan Malaysia telah dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu kami sebagai rakyat Malaysia dengan nada yang tegas menyatakan bahawa kami tidak boleh menerima sama sekali tuntutan yang anda lakukan terhadap Kerajaan kami, ini kerana tuntutan anda itu tidak munasabah sama sekali dan tidak masuk akal.

Seperti yang anda maklum etnik anda cumalah pelarian atau pendatang tanpa izin yang meminta bantuan berlindung di negara ini.

Sehubungan dengan itu atas dasar kemanusiaan rakyat negara ini memberi peluang kepada etnik anda berlindung dibawah status "PELARIAN" dan bukannya sebagai "RAKYAT atau "PENDUDUK TETAP" dan suka diingatkan bahawa MALAYSA tidak terikat dibawah perjanjian UNCHR termasuk negara2 ASEAN yang lain.

Namun setelah diberi peluang, anda bertindak melakukan tuntutan terhadap kerajaan kami yang memberi peluang anda hidup dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal.

Sehubungan dengan itu juga kami Rakyat Malaysia menuntut supaya anda:

1. PULANG KE NEGARA ASAL
2. JANGAN LAGI BERNIAGA DI DALAM NEGARA INI
3. ANDA SELAKU PRESIDEN SILA KELUAR DARI NEGARA INI
4. ANDA BUKANLAH RAKYAT MALAYSIA TETAPI ANDA HANYALAH PENDATANG HARAM YANG MENUMPANG DI NEGARA INI

Jadi dengan termaktubnya tuntutan tersebut maka kami rakyat Malaysia dengan sebulat suara menuntut agar kerajaan Malaysia menghantar keluar etnik anda dari Malaysia dan buat tuntutan ke atas negara kamu sendiri.

TERIMA KASIH
Presiden
MOHD RIDHWAN BIN HAJI OTHMAN



No comments: