MASIHKAH ANDA NAMPAK HIJAU SELEPAS PKP?








“Kita harap usaha ini dapat meningkatkan penghayatan pelbagai lapisan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup hijau," ujarnya. Selain itu Tuan Ibrahim berkata sepanjang tempoh PKP pencemaran alam sekitar semakin berkurang, langit semakin biru dan sungai semakin jernih. Tuan Ibrahim sedang berhalusinasi di alam Firdausi, mungkin. "Maaf Menteri MEWA, tak pasti selepas PKP nanti, rakyat boleh teruskan lagi hidup atau tidak? Justeru, nak bergaya hidup hijau itu rakyat cuba lah ya. "Setakat ini gaya hidup hitam dan gelap lebih terjamin rasanya bila ada yang mungkin hilang kerja, maka hilang sumber pendapatan dan lain-lain," sindir Ahli Parlimen Sepang, Muhammad Hanipa Maidin di Facebook beliau. Hanipa berkata, beliau tidak pasti sama ada rakyat boleh naik kenderaan awam, kerana syarikat bas atau perkhidmatan teksi/grab belum tentu boleh terus beroperasi selepas PKP.

No comments: