THROWBACK...
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi mengenai isu-isu berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
PUTRAJAYA: Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya akan bermula 1 Mac depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, projek perintis itu membolehkan 300 etnik Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja secara berperingkat.
"Mereka ini akan ditempatkan di syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan bertujuan untuk memberi kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga," katanya.