ISU PENGHINAAN TERHADAP AGAMA - SIAPA LEBIH PANTAS DAN SERIUS BERTINDAK, KERAJAAN UMNO/BN ATAU KERAJAAN PH SEKARANG?
(GAMBAR SEKADAR HIASAN)
Saya ingin mengimbau kisah lalu, kes penghinaan ke atas agama Islam pada tahun 2012 iaitu di era rejim kleptokrasi Umno/Bn memerintah. Seorang India, Gopinath Jayaratnam, 28, dari Taman Klang Jaya, telah menulis kata-kata penghinaan ke atas agama Islam di laman sosial pada 25 September 2012.
Hasil dari laporan Polis yang telah dibuat, beliau telah didakwa mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. Beliau telah dikenakan jaminan sementara menunggu sebutan kes berjumlah hanya RM 3 ,000 sahaja. Bila kes tersebut akan mula dibicarakan? Kes tersebut hanya dibawa ke mahkamah pada 21 Julai 2014. Ertinya, lebih kurang dua tahun baru dibicarakan.
Pada tahun ini, di era kerajaan PH juga telah berlaku kes yang sama. Seorang warga emas, Foo Sing didakwa menggunakan laman Facebook “Foo Sing Wai” memuat naik karikatur berunsur penghinaan ke atas Nabi, Isteri Nabi dan agama Islam, pada 18 Februari 2019. Beberapa laporan Polis telah dibuat termasuk laporan dari Menteri Di JPM, Mujahid Yusof dan berikutan dari itu warga emas ini telah didakwa pada 27 Februari 2019 mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan dan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes tersebut akan disebut semula pada 05 April 2019 dan beliau telah dikenakan jaminan sebanyak RM 20, 000. Beliau dimasukkan ke penjara kerana gagal membayar jaminan.
Ertinya, tidak sampai 10 hari beliau melakukan kesalahan, beliau telah diseret ke mahkamah dan tidak sampai dua bulan akan terus dibicarakan. Jaminannya bukan RM 3,000 tetapi RM 20, 000.
Bukan habis setakat itu sahaja, kerajaan PH melalui Menteri Agama di JPM, YB Mujahid telah menyatakan untuk meminda undang-undang di Parlimen bagi meningkatkan hukuman kepada mana-mana pihak yang sengaja melakukan penghinaan ke atas mana-mana agama di negara ini.
Begitulah seriusnya kerajaan PH di dalam menangani isu ini. Belum sempat PEMBANGKANG Umno/Pas berdemontrasi, kerajaan telah pun bertindak. Namun, untuk menunjukkan hero dan pejuang Islam kononnya, mereka tetap berdemo juga termasuk penyokong rejim dahulu yang mereka sendiri lembab tangani isu sensitif ini. Itu pun puak-puak berfahaman agama masih kata kerajaan di era Najib dan Umno itu lebih Islamik dari kerajaan PH. Begitulah, apabila mulut dan mata sampai ke otak telah dipenuhi dedak.
WFAUZDIN NS