TU DIA- KITA TAKUT NEGARA INI PUN KENA JUAI...KAH..KAH...KAH .PEMUDA PH LAPOR TANAH LAPANGAN TERBANG DIJUAL

 

Pemuda PH Perak lapor polis tanah lapangan terbang dijual





Mohamad Hairul Amir Sabri (tengah) menunjukkan laporan polis dibuat hari ini. Turut hadir Ketua Pemuda DAP Perak, Chaw Kam Foon (dua dari kiri) dan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim (tiga dari kiri). (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat penjualan tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Ketua Pemuda PH negeri, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan supaya individu bertanggungjawab dibawa ke muka pengadila“Kami berharap pihak berkuasa dapat memulakan prosiding untuk menyiasat penjualan tanah ini dan mendedahkan siapa sebenarnya dalang dalam isu ini,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini.

Hairul yang juga ketua Pemuda PKR Perak berkata, laporan itu antara lain menggesa pihak berkuasa segera memulakan siasatan dan satu lagi laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

“Dakwaan tanah itu telah dijual seperti yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini menjadi persoalan dan perhatian umum, sebab itu kami buat laporan supaya pihak berkuasa boleh ambil tindakan.

“Saya percaya, polis dan SPRM mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk melaksanakan siasatan ke atas isu penjualan tanah ini.”

Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis berhubung penjualan tanah itu dan memberi jaminan kerajaan negeri akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Isu penjualan tanah lapangan terbang itu timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming mendakwa tanah terbabit sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Saarani memaklumkan penjualan tanah itu dilakukan di bawah pentadbiran PH terdahulu kepada syarikat swasta bagi tujuan pembangunan bercampur di kawasan terbabit.

No comments: