Anda mungkin pernah mendengar mengenai manusia yang berkawan baik dengan buaya, namun kisah lelaki yang dikenali sebagai Gilberto ‘Chito’ Shedden dengan seekor buaya ini mungkin adalah yang terbaik sekali kami pernah dengar.
Pada tahun 1989, Chito telah menemui dan menyelamatkan seekor buaya yang hampir mati selepas kena tembak tebing sungai Reventazón, Costa Rica.
Selama 6 bulan, Chito menjaga buaya tersebut dan memberinya makanan 31kg ayam dan ikan seminggu dan mulai rapat dengannya. pada awalnya buaya itu tidak mahu makan tapi Chito berjaya memujuknya untuk makan.
“Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” kata Chito.
Buaya tersebut diberi nama Pocho dan pernah dilepaskan Chito ke sungai semula namun dia terkejut apabila buaya itu kembali semula pada keesokkan harinya dan tidur di luar rumahnya.
Sejak itu, hubungan mereka semakin erat dan Chito banyak menghabiskan masa dengan Pocho hingga menyebabkan Chito ditinggalkan oleh isterinya.
Chito bagaimanapun tidak menyesal ditinggalkan isterinya dan menurutnya isteri boleh cari lain, tapi buaya ni (Pocho) hanya satu dalam sejuta.
Menurut Chito, dia menyedari Pocho boleh dilatih ketika buaya itu memberikan reaksi saat mendengar namanya dipanggil. Chito dan Pocho sering melakukan pertunjukkan bersama dan caj yang dikenakan kepada penonton juga hanya sebanyak AS$2 atau RM8.40 sahaja.
Ini kerana Chito menganggap Pocho adalah rakan baiknya dan dia tidak mahu dilihat sengaja mengambil kesempatan terhadap Pocho.
Chito kemudian melakukan pertunjukan bersama haiwan itu dan berkata apabila Pocho mengikutnya pulang dan memberikan reaksi apabila namanya dipanggil, Chito tahu dia boleh melatih haiwan tersebut.
Persahabatan antara Chito dan Pocho berlanjutan sehingga lebih 20 tahun hinggalah Pocho meninggal dunia pada tahun 2011. Chito yang sedih kehilangan Pocho bagaimanapun tetap meneruskan kehidupan dan kini sedang melatih ‘Pocho’ keduanya dan berharap boleh melakukan pertunjukkan bersama di masa akan datang.