24, Oktober 2019
Sesi bersama mahasiswa kali ini diteruskan di Universiti Malaya.
Pelbagai perkara dibangkitkan bersama mahasiswa terkait isu kemiskinan, pengangguran, martabat insan dan masa depan belia.
Saya juga tekankan mahasiswa perlu bersama berperanan dalam mencorak masa depan yang lebih gemilang dan bermaruah.
Hadir ke Mahkamah Shah Alam bagi memberi dukungan kepada saudara Rafizi Ramli dalam kes Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) petang tadi.
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis atas perkenan menerima patik mengadap malam tadi.
23 0KTOBER
Menyampaikan ucaptama di ‘Seminar of Peaceful Coexistence: Strengthening The Malaysia-Thailand Relationship’ bertempat di Hotel Holiday Inn, KL. Saya bangkitkan tentang hubungan dua hala kedua-dua negara dan juga aspek keadilan rentas kaum, agama dan negara.
22 OKTOBER
Sempat meluangkan masa bersama sahabat dan juga tokoh Parti Ennahda Tunisia Rachid Ghannouchi semalam.(TURKI)
21 OKTOBER
Terima Anugerah Doktor Falsafah Tevdi Toreni dari Fatih Sultan Mehmet Vakif University (FSMVU).
Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap di TRT World Forum, Istanbul.
20 OKTOBER
Bertemu sahabat dan juga Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan di Istanbul hari ini. Banyak yang dikongsi dan disentuh terkait isu-isu semasa umat dan dunia.