PEMILIHAN UMNO PADA TAHUN 2022

 

Azizi Zakariah


PEMILIHAN UMNO PADA TAHUN 2022 ..

A. Betul

B.Tak betul




2004; 2007/2008; 2011/2013; 2016/2018; 2021/2022; 2023 ... (Rujukan; UMNO Malaysia)

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 dijadualkan semula dan berlangsung pada Mac 2022 (Semakan: Mac 2009).


#PEMBERITAHU

Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2013


Pilihan raya kepimpinan telah diadakan oleh parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 19 Oktober 2013. Ia dimenangi oleh penyandang Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Najib Razak.


#BERITA

24,200 telur diguna dalam PAU 2013


Diterbitkan:  Dec 6, 2013 


Sebanyak 24,200 biji telur diguna dalam menyediakan makanan kepada hampir 20,000 tetamu sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn.Bhd (Putrade) Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata pihaknya menyajikan makanan lima kali sehari kepada 19,850 tetamu terdiri daripada perwakilan, tetamu kenamaan, kakitangan Putrade, anggota keselamatan dan petugas media.


Beliau berkata bahan utama lain termasuk 5,720 kilogram (kg) beras, 5,400 kg daging lembu, 6,050 kg daging ayam, 4,950 kg jenis ikan, 3,410 kg sayur dan 880 kg tepung gandum.


"Pihak PWTC turut bekerjasama dengan Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk menyediakan buah-buahan tempatan kepada semua tetamu bagi menggalakkan rasa cintakan buah-buahan tempatan dalam diri tetamu," katanya kepada Bernama di PWTC di Kaual Lumpur, hari ini.


Maxson berkata untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, pihak PWTC turut mengambil 1,200 warga kerja sambilan dengan kebanyakannya bertugas di bahagian dapur.


"Selain itu 600 anggota keselamatan turut bertugas sepanjang perhimpunan ini terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia selain kakitangan PWTC sendiri," katanya.


Menurut Maxson persiapan untuk perhimpunan itu bermula pada awal September lalu melibatkan beberapa proses pembaharuan dan naik taraf prasarana termasuk menukar permaidani, pendingin udara selain memasang dinding akustik dalam Dewan Merdeka yang menelan kos RM7 juta.


Katanya Laman Media dalam perhimpunan kali ini disusun berkonsepkan profesional dan lebih luas di samping dua skrin besar turut disediakan bagi memudahkan petugas media membuat memantau perjalanan perbahasan.