PATUT TERNAK UDANG TAK JALAN.TERBARU DIHENTAM NAK GABUNG DENGAN PAS.......KERAJAAN SELANGOR PADA MULANYA CADANG MENGGUNAKAN MRCB KERANA KEWANGAN DAN KEMAMPUAN..BUKAN BERIPADA KRONI..TETAPI SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

 


Serah swasta urus Stadium Shah Alam, Noh dakwa kerajaan negeri gagal




Ketua Umno Selangor Noh Omar mendakwa kerajaan negeri bersikap lepas tangan selepas menyerahkan pembangunan semula Stadium Shah Alam kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), bermula tahun depan. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor disifatkan “lepas tangan” susulan menyerahkan pembangunan Stadium Shah Alam kepada pihak swasta, sekali gus membuktikan kegagalan sistem tadbir urus, kata Ketua Umno Selangor Noh Omar.

Beliau berkata, mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri yang memerintah selama 14 tahun tidak tahu menguruskan stadium itu.

“Sama ada mahu membina baharu atau merobohkannya, penyerahan kepada pihak swasta menunjukkan kerajaan negeri tidak mampu mentadbir urus stadium itu dan satu kegagalan.

“Kalau menguruskan stadium itu pun tidak pandai, bagaimana mahu menguruskan negara?” katanya menurut Utusan Malaysia selepas merasmikan selepas merasmikan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Selangor, di Shah Alam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, kerajaan negeri masih tidak mengesahkan status Stadium Shah Alam sama ada diroboh atau dikekalkan sebaliknya perkara itu akan diketahui seawal Okt, selepas pameran awam dilakukan.

Menteri Besar Amirudin Shari, memaklumkan satu pameran akan diadakan pada Sept bagi mendedahkan ilustrasi awal stadium dan kawasan itu yang mana lokasinya akan dimaklumkan kemudian.

Namun, pembaikan keseluruhan stadium dengan kapasiti 80,300 penonton itu memerlukan perbelanjaan sehingga RM787 juta.

Projek pembangunan stadium yang bakal berwajah baharu itu akan dilakukan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bermula tahun depan dan dijangka siap, pada 2026.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menangguhkan program pembangunan kementerian berkenaan sebagai langkah penjimatan dalaman atau ‘ikat perut’ demi rakyat.

“Namun, segala bantuan kepada usahawan akan terus disalurkan bagi membolehkan mereka bangkit semula. Kita tidak mempunyai banyak projek pembangunan dan sememangnya akan memfokuskan kepada usahawan,” katanya.


WOIII JIMAT APA ....KA DUIT KERAJAAN TAK ADA...KAH..KAH......

No comments: