Daim Zainuddin 'tak tidur malam' kalau saya jadi PM - Anwar



Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin tidak akan dapat 'tidur lena' jika dia menjadi perdana menteri. Anwar yang juga bekas menteri kewangan turut memberi amaran bahawa dia akan terus membongkar dakwaan skandal yang membabitkan tokoh korporat itu, seperti yang didedahkan dalam Kertas Pandora. Daim sebelum ini dilaporkan berkata, Anwar sepatutnya bersara daripada politik dan memberi laluan kepada pemimpin muda.