Nak turun pilih la nak tengok . Ini pilih Booskau...penyamun...."Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar

 

"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar

Rahimah Abdullah
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak berdaya untuk menurunkan harga minyak ketika ini selagi beliau bukan Perdana Menteri. - Gambar Astro AWANI
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak berdaya untuk menurunkan harga minyak ketika ini selagi beliau bukan Perdana Menteri.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar sebagai menjawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika parti itu menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Sekarang kalau kita berjaya (menang PRU) kali ini, janji kita akan tunaikan sepenuhnya. Ramai yang sindir pasal apa menang hari ini, kata turun minyak esok, kenapa tak tadi? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?
"Kalau sekarang, dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab minyak tidak boleh turun. Minyak mentah, minyak makan tidak boleh turun sebab pihak penguasa memikirkan cara menyelamatkan korporat di atas dan kita pula memikirkan rakyat di bawah.
"Kalau nak selamatkan kita, nak selamatkan mutu pendidikan, kesihatan, upah dan sebagainya, kita mesti sedia tolak kerajaan yang sudah berusia 60 tahun itu," katanya semasa ucapan penggulungan Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-16, di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, beliau sanggup menolak sebarang laluan untuk menjadi Perdana Menteri daripada bekerjasama dengan mereka yang didakwa beliau mengamalkan rasuah.
"Sebagai orang lama, kalau rasuah besar saya tiada kemaafan, walaupun risiko itu ialah hilang (peluang) untuk ke Jabatan Perdana Menteri kerana saya tidak sanggup bekerjasama.
"Ada yang nasihatkan saya setuju sahajalah dan kemudian bila kamu sudah diangkat (menjadi Perdana Menteri), kamu buatlah penyesuaian sedikit, sekurang-kurangnya kamu dapat jabatan yang ditunggu sekian lama, sebab ada yang kata sudah 20 tahun lebih (menunggu).
"Namun, jangan itu pula mengganggu dan menggugat keyakinan dan kepercayaan kita. Saya konsisten bahawa parti ini (PKR) harus memusatkan dan ada kepedulian terhadap rakyat," tegas Anwar.