MULA MULA PASTIKAN PENYAMUN MASUK SUNGAI BULOH DULU. LEPAS TU TENGOK PARTI. JANGAN SETAKAT HADIR AMBIK GAMBAQ SESAMA SENDIRI, BALIK BUNGKAM TAK BUAT KERJA.REFORMASI 23 TAHUN DAH , TAKKAN ADUN PUN TAK BOLEH MENANG....JANGAN SEMBANG SAJA.

 

Gandingan Anwar-Rafizi dijangka bawa parameter baharu kepada PKR - Penganalisis


Fareez Azman
Gandingan Anwar-Rafizi dijangka bawa parameter baharu kepada PKR - Penganalisis
Ujar Prof Sivamurugan, kombinasi kedua-dua tokoh politik itu dijangka dapat mempersiapkan PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gadingan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presidennya dilihat membawa parameter baharu bagi parti terbabit.
Demikian jelas penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian mengenai kepimpinan baharu PKR itu.
Ujarnya, kombinasi kedua-dua tokoh politik itu dijangka dapat mempersiapkan PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

 "Gandingan kedua dua pemimpin Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli bagi pendapat saya akan membawa satu parameter baharu dalam parti apatah lagi, kedua-duanya mempunyai kekuatan yang berbeza.
"Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, ada ketokohan, sudah pasti Datuk Seri Anwar akan menggunakan landasan platform parti untuk memastikan tidak ada usaha untuk memecahbelahkan parti.
"Apatah lagi kehadiran Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden, itu akan membantu untuk memastikan kombinasi ini dapat bersedia berhadapan dengan pilihan raya agar mereka dapat mencapai sasaran mendekati pelbagai kumpulan sasar pengundi," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Ahad.
Bagaimanapun ujar Sivamurugan, meskipun kepimpinan baharu yang dilantik memperlihatkan muka baharu bagi memimpin parti itu, namun ujarnya, PKR perlu berhati-hati dengan elemen sokong bawa rebah.
"Pertama merapatkan barisan, kedua memperkukuhkan jentera parti dan yang paling penting adalah agar di dalam parti tidak ada elemen 'sokong bawa rebah', kerana itu yang paling sukar diatasi.
"Jika itu berlaku secara berterusan, bermakna boleh mengganggu gugat persiapan kombinasi baharu ini dan sudah pasti akan memberi satu cabaran besar dalam dan luar parti," katanya lagi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan kontroversi Rafizi terhadap Anwar, tambah Sivamurugan, ia membuktikan keterbukaan diamalkan dalam PKR.
"Kenyataan Rafizi Ramli menyoal kedudukan Datuk Seri Anwar untuk memaparkan bahawa wujudnya keterbukaan dan kebebasan, serta amalan pendemokrasian berterusan walaupun sudah bertukar tangan bagi jawatan Timbalan Presiden.
"Ini sudah pasti perlu diteliti dan diperhalusi denan baik kerana kini Rafizi merupakan jawatan nombor dua dalam parti memerlukan komitmen dan tanggungjawab dalam mempertahankan kedudukan parti.
"Sudah pasti ia penting memastikan tidak wujud kekeruhan ke atas pimpinan. Kenyataan-kenyataan seperti itu, walaupun ada bertanggapan membawa perpecahan, tetapi saya percaya dengan usaha menunjukkan keterbukaan dan tidak ada ketaataan bersifat ketaksuban, maka ia juga usaha untuk mengimbangi kedudukan sokongan dalam parti," katanya lagi.