'Kongres hari ini mengecewakan musuh politik KEADILAN'




 Kongres Nasional KEADILAN yang dijangkakan oleh musuh politik dan pemerhati politik akan menjadi kecoh hari ini dengan drama berbalas komen media semalam hari ini kecewa kerana tidak berlaku pertentangan pada hari terakhir kongres.


Hal itu dibangkitkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan dan penangguhannya petang ini.


"Kita bersyukur menamatkan kongres ini dengan semangat, nafas baharu.


"Ya, tentunya seperti disebut mengecewakan banyak pihak, pihak lawan membuat andaian menjangka yang berbeza tetapi ini dia denyut nadi KEADILAN," katanya.


Anwar menegaskan singgungan Rafizi adalah perkara biasa baginya kerana pemimpin seperti Rafizi adalah anggota yang setia dan pemimpin yang kuat bekerja.


Beliau juga menyatakan rasa gembiranya dengan barisan kepimpinan baharu yang masih muda dan akan menjadi penerus perjuangan KEADILAN pada era akan datang.


"Sementara mengekalkan semangat reformasi perlu ada anjakan (tenaga baharu).


"Saya sebagai presiden tidak rasa curiga atau bermasalah, kerana kalau saya faham makna perjuangan, erti pembelaan nasib rakyat maka menjadi kewajipan kita untuk (menyertai) semangat perubahan menegakkan keadilan ini.


"Kita saksikan hari ini dari 4 Naib Presiden, AMK, Wanita dan saudara Rafizi (Timbalan Presiden)," katanya.