KESIAN SUNGGUH RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA BEREBUT UNTUK DAPATKAN MINYAK MASAK PEKET. KATA MELAYU ISLE SELESAI MASAALAH...MAKIN TERUK.....HUUUWAAAAA

 

Punya "bagus" pemimpin bawa dan seronok pula tengok rakyat berebut. Hampir 1,000 penduduk rebut peluang beli minyak peket bersubsidi. Negara punya kaya dan pengeluar minyak sawit dunia, rakyat berebut macam kat negara Afrika cari air. Tu pun bukan main BMF....hancusss la macam gini. Memalukan lah......



Bernama
Hampir 1,000 penduduk rebut peluang beli minyak peket bersubsidi
Zahari (depan, dua kiri) ketika hadir pada Program Advokasi GPS UMK Bersama Komuniti Luar Bandar dan Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok Tanah Merah di Kampung Bedang Besar, Jedok, Tanah Merah, 16 Julai 2022. - Facebook Zahari Kechik
TANAH MERAH: Hampir 1,000 penduduk dari lima kampung di sini mengambil peluang membeli minyak masak peket bersubsidi pada Program Advokasi Gerakan Pengguna Mahasiswa (GPS) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampung Bendang Besar, di sini, pada Sabtu.
Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Zahari Kechik berkata 850 peket minyak masak berisipadu satu kilogram laris dijual dalam tempoh kira-kira 15 minit pada Program Advokasi GPS berkenaan yang diadakan menerusi inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.
"Jualan minyak bersubsidi pada hari ini dapat memanfaatkan hampir 1,000 penduduk dari Kampung Jedok, Kampung Jedok Tua, Kampung Mok Jintan, Kampung Bendang Besar dan Kampung Banggul Yek.

 "Dengan adanya pelaksanaan program seperti ini sekurang-kurangnya jualan minyak bersubsidi dapat disasarkan kepada golongan sasaran yang tepat terutamanya golongan B40. Insya-Allah, ia akan dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang berdasarkan keperluan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa Program Advokasi GPS UMK Bersama Komuniti Luar Bandar dan Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok Tanah Merah di Kampung Bedang Besar, Jedok di sini.
Seorang penoreh getah, Wan Noriah Wan Ahmad, 59, berkata minyak masak dengan isi padu satu kilogram yang dijual pada harga RM2.50 itu dapat menjimatkan perbelanjaan beliau sekeluarga berbanding menggunakan minyak botol.
"Menerusi program yang dilaksanakan pada hari ini saya berpeluang untuk membeli minyak bersubsidi sebanyak empat peket yang diperuntukkan bagi setiap keluarga sekali gus dapat menampung kegunaan kami sekeluarga selama sebulan," katanya.
Seorang penduduk Wati Mohamad, 44, dari Kampung Air Merbo bersyukur kerana berkesempatan membeli minyak masak menerusi program yang dilaksanakan pada hari ini memandangkan sebelum ini beliau terpaksa membeli minyak peket di pasaran yang berharga antara RM3 sehingga RM3.50 sepeket.
Katanya, beliau berharap program yang dilaksanakan pada hari ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang sekali gus memudahkan penduduk kampung terutamanya di luar bandar untuk meraih bekalan minyak bersubsidi.
"Ini merupakan program pertama yang saya hadiri selepas mendapat tahu daripada jiran tetangga. Saya berharap ia dapat dilaksanakan secara berkala memandangkan ia dapat meringankan beban penduduk kampung terutamanya ketika kenaikan harga barangan-barangan lain ketika ini," kata ibu kepada empat orang anak itu.
-- BERNAMA

No comments: