RAFIZI-JADUAL KINI KEMBALI BERUBAH

 



BALANCING ACT

Satu perkara yang saya belajar dari pengalaman lepas ialah supaya aturan hidup kita semuanya seimbang.

Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan jadual baru. Sebelum ini, sepenuh masa saya hanyalah untuk isteri, anak dan keluarga; kemudian untuk kakitangan saya di INVOKE yang menjadi keluarga kedua saya.

Seminggu selepas kembali ke gelanggang politik, tiba-tiba jadual dipenuhi dengan pertemuan, temuramah dengan media dan lain-lain.

Jika saya tidak berhati-hati, jadual saya penuh dengan soal politik dan orang yang kita kasihi akan terpinggir.

Catatan ini adalah satu ingatan kepada saya dan semua di luar sana untuk mencari keseimbangan di antara tuntutan kerjaya, kasih sayang kepada keluarga, kesihatan peribadi dan ikhtiar kepada pokok-pokok kita 🤣

(1) Pertemuan denga Menteri Kesihatan Singapura Hon. Ong Ye Kun dan Sdri Nurul Izzah Anwar

(2) Terserempak dengan rakan media dari Awani, Berita Harian dan Sinchew

(3) Sempat paksa diri untuk bakar lemak

(4) Usaha menyelamatkan pokok saya yang akarnya telah rosak masih berterusan setiap hari 😅