BUKAN TAKUT DIPERINTAH MELAYU. TAPI RASUAH MAKIN BANYAK BILA DILATIH OLEH KETUA MELAYU YANG KORUP

 

Usah takut ditadbir parti Melayu, kata Dr M




Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Cina lebih makmur di bawah pemerintahan Melayu berbanding British.

PETALING JAYA: Orang bukan Melayu tidak perlu takut sekiranya ditadbir parti Melayu seperti Pejuang kerana sejarah membuktikan komuniti itu makmur di bawah pentadbiran seumpama itu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan Melayu sentiasa mesra terhadap migran Cina, manakala perniagaan mereka maju di bawah pentadbiran dikuasai orang Melayu kerana dasar ekonomi mereka “jauh lebih mesra dan terbuka daripada British”.

“Ada bermacam-macam bukti menunjukkan masyarakat Cina lebih makmur di bawah pemerintahan Melayu berbanding British,” katanya di Twitter.

Tonton video di sini.

Mahathir berkata, Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman turut melantik orang Cina dan India dalam Kabinetnya.

Dalam mengekalkan pentadbiran yang didominasi orang Melayu, katanya, pandangan komuniti Cina dan India juga diberikan pertimbangan sewajarnya, oleh itu ia menjadi kerajaan berbilang kaum.

Justeru, beliau menyanggah dakwaan bahawa di Tanah Melayu yang merdeka, orang Melayu akan merampas harta orang Cina kerana tiada perkara seperti itu berlaku.

“Sebaliknya, semua halangan kepada perniagaan Cina dihapuskan.

“Satu daripada tindakan paling signifikan kerajaan baharu yang didominasi orang Melayu adalah pemberian lesen perbankan kepada dua pemohon Cina.”

Walaupun British keberatan membenarkan orang tempatan menyertai sektor perbankan, Mahathir berkata, kerajaan didominasi orang Melayu lebih terbuka.

Dan dengan itu, masalah kewangan bagi perniagaan Cina dapat dikurangkan.

Beliau berkata, apabila Malaysia dikenali sebagai “Harimau Asia”, perniagaan komuniti Cina Malaysia berkembang sehingga ke pelbagai negara asing.

Katanya, kerajaan Melayu lebih liberal terhadap perniagaan orang Cina berbanding kerajaan British, walaupun wujud tanggapan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mendiskriminasi orang bukan Melayu, khasnya orang Cina.

Beliau berkata, Pejuang akan mengikut jejak ditetapkan bekas pemimpin Melayu terdahulu, termasuk bekerjasama dengan orang bukan Melayu.

“Tiada sebab untuk orang bukan Melayu takut ditadbir Pejuang hanya kerana ia adalah parti Melayu.”


No comments: