NAJIB DAN RAFIZI DAKWA ADA FOMULA : RAFIZI ADA FORMULA SELAMAT DEDAHKAN PERASUAH. NAJIB PULA ADA FOMULA LINGKUPKAN NEGARA...

 



Paling tidak saya ada formula, Rafizi jawab Najib




Najib Razak sebelum ini melabel Rafizi Ramli sebagai ‘raja formula songsang’ selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata Najib berkesan menjadi pembangkang ‘de facto’.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membidas Najib Razak selepas bekas Perdana Menteri itu mempersendakannya sebagai ‘raja formula songsang’ dengan mengatakan ia hanyalah satu-satunya pendekatan yang boleh difahami Umno.

Rafizi berkata formula adalah penting kerana dari langkah itu dapat mencari cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

“Paling kurang saya ada formula, ini kamu ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada.

“Kenapa formula penting sebab apabila kita bentangkan sesuatu idea, Umno tak faham idea, dia cuma tahu formula sahaja,” katanya dalam Majlis Perasmian Ayuh Malaysia yang disiarkan di Facebook, malam tadi.

Pada 23 Mac lalu, Najib melabel Rafizi sebagai ‘raja formula songsang’ selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata Najib berkesan menjadi pembangkang ‘de facto’.

Ia susulan kebolehan Najib yang mampu merampas keupayaan pembangkang untuk berhubung dengan rakyat setiap hari di media sosialnya.

Selain Najib, bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak juga menyindir Rafizi berkaitan ‘formula’ susulan tindakannya untuk kembali aktif dalam politik dan merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Mei ini.

Farhash berkata, Rafizi sebelum ini tidak menjalankan tugas sebagai naib presiden serta menghilangkan diri ketika parti memerlukannya.

Sementara itu, Rafizi semalam melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar bagi berdepan pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Kempen itu dibuat selepas mengambil kira keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR.

Katanya, majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah negara yang lebih baik.

Ayuh Malaysia akan memperjuangkan lima dasar iaitu keselamatan makanan, tenaga boleh baharui, pendidikan vokasional, isu perumahan dan pendidikan.

No comments: