Sorry la tapi aku tak boleh nak tahan dah. Syok bila baca apa yang Rafizi kata tentang perang online dan sebagainya sebab benda ni dah lama aku sebut.
Bila kita dapat tahu orang sehebat Rafizi senada dengan kita, dia punya kembang memang lain sikit walaupun sebenarnya Rafizi tak kenal aku. Hahaha.. Perasan sikit pagi ni.
Tak berapa lama dulu ada orang beritahu aku yang Najib bayar orang untuk sambutnya di Pavilion. Dia rancang supaya orang tegur dan salam bila dia lalu.
Aku percaya tapi aku tak ada bukti. Jadi aku simpan saja cerita tu. Sebab itu bila Rafizi kata perkara yang sama, aku yakin ianya berlaku Dan aku juga tertanya-tanya kenapa PH tak boleh buat perkara yang sama.
PH sebaliknya buat yang bertentangan. Bukan nak naikkan imej pengerusi macam Najib popularkan Bossku, ramai-ramai pula serang DS Anwar. Sampai PH kalah di Melaka angkara PH Melaka pun DS Anwar juga yang diserang.
BN menang bukan sebab pembangkang berpecah tapi sebab PH retak. Kalau pembangkang berpecah macam sekarang pun tapi PH utuh, BN takkan dapat banyak peluang.
Jadi sekali lagi aku nak seru semua pemimpin utama parti-parti dalam PH supaya jaga adab anak buah masing-masing. Menegur tak salah tapi bukan sampai menghina.
Sekarang kita kena naikkan imej Pengerusi PH supaya boleh lawan imej Najib. Dan PH akan ada kelebihan kerana Rafizi boleh gandakan aura DS Anwar. Ala-ala booster gitu.
Keterampilan DS Anwar akan redakan gelombang yang cuba dibuat oleh Najib. Aku percaya, jika imej DS Anwar mekar, ramai rakyat yang berkecuali akan kembali menyokong PH.
Kalau anda ada kenal sahabat handai yang hilang kepercayaan kepada politik, cubalah pujuk untuk mereka zahirkan kembali sokongan buat PH. Kita usahakan bersama. Guane boh?