ORANG CINA BERNIAGA BERJUTA DI KUALA LUMPUR TAK KALUT NAK MINTA PUN....


Semalam tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman berkata, ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju UNTUK MEMINTA DARI PENGANJUR ANTI ISA... MINTA LA SAPA ADA DUIT NAK BAGI....

Kuala Lumpur -Dr Hatta Ramli dalam satu kenyataan akhbar sewaktu dihubungi menjelaskan bahawa sepatutnya pihak peniaga meminta kepada KDN dan pihak berkuasa kerana kekecohan bukan bermula dari peserta tetapi dari pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata.Penganjur, kata beliau tidak mengarahkan sebarang bentuk kekecohan kecuali ditembak gas pemedih mata maka mereka lari untuk menyelamatkan diri.

Namun dalam masa yang sama,tidak ada sebarang kejadian rompakan,pecah kedai, curi barangan kedai dan sebagainya yang dikatakan kerugian tersebut. Malah dakwaan sebuah pasaraya bahawa selama 2 jam kejadian tersebut, mereka kerugian 2 ratus ribu ringgit amat di ragui dan meminta LHDN menyiasat pendapatan sebenar pasaraya tersebut....

Kepada peniaga yang berani membuka kedai pada hari tersebut, jumlah jualan berlipat kali ganda kerana orang ramai membeli barangan dalam kedai mereka.Ini peniaga yang berjaya mengaut keuntungan dan bukan seperti persatuan di atas yang menunggu peluang meminta sedekah.........minta pada Umno.....

No comments: