KERAJAAN PAS IKTIRAF UEC

Adrian Lim.






Semasa persidangan DUN Selangor diadakan pada bulan Mac dan April tahun 2016, seorang ADUN pembangkang daripada UMNO telah bertanyakan Kerajaan Selangor tentang status pengiktirafan UEC pada ketika itu.


Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan dianggotai oleh 3 orang EXCO PAS telah menjawab sedemikian:


“Kerajaan Selangor pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar UEC diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INSPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan.”


MB Selangor pada ketika itu merupakan:

1. Azmin Ali


Tiga anggota EXCO PAS pada ketika itu merupakan:

1. Ahmad Yunus Hairi

2. Iskandar Abdul Samad

3. Zaidy Abdul Talib


Kini……


1. Azmin merupakan Ketua Pembangkang dan calon MB Selangor untuk Perikatan Nasional.

2. Ahmad Yunus Hairi merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

3. Iskandar Abdul Samad merupakan bendahari PAS Pusat.

4. Zaidy Abdul Talib telah dikalahkan dalam PRN 2023.


Tahniah Azmin (Ketua Bersatu Selangor) dan PAS kerana bersetuju mengiktiraf UEC ketika berkuasa sebagai Kerajaan Negeri Selangor.



No comments: