Oleh: Abdullah Zaid
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjangkakan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang diadakan pada 29
Februari hingga 2 Mac ini akan menjadi lebih baik daripada penganjuran kongres
sebelumnya.
Katanya, anjuran tiga hari yang
dipandu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri
Ekonomi Rafizi Ramli itu akan turut menyentuh isu ekonomi bukan bumiputera
sebagai sebahagian agenda.
"Saya mahu Malaysia Madani
masalah India, Cina, Iban, Kadazan adalah masalah kita dan masalah Bumiputera
juga, perlu ditanggani sebagai agenda bersama," katanya menerusi ucapan
penggulungan Konvensyen Perpaduan Perak di Casuarina Ipoh, hari ini.
Jelasnya, kelainan yang ada
pada kongres itu juga akan menilai dan memperkenalkan beberapa program baharu
melibatkan aspek masalah bukan Bumiputera.
"Kita mesti berani
berdepan dengan masalah bahawa penyelesaian akan jauh lebih baik daripada
kongres sebelum ini," ujarnya.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata
KEB akan diadakan pada 29 Feb hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya, sebagai usaha menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda
Bumiputera.
Tambahnya, kongres yang
dianjurkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan
memberi tumpuan kepada 10 kluster utama, antaranya reformasi pendidikan dan
mosal insan, pengukuhan industri halal, ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak,
dan penguasaan teknologi baharu.