OMAR MOKHTAR PEJUANG ANAK MUDA YANG GIGIH DAN KUAT SEMANGAT CALON DUN JOHOR LAMA

 





Saya bukanlah mengenalinya terlalu rapat tetapi saya banyak mengenalinya melalui live "borak dahsyat' saluran media milik YB Abdullah Sani, di mana beliau berperanan sebagai moderator dalam program tersebut.

Hubungan saya dengan tokoh muda ini bertambah rapat apabila saya mulai aktif di dalam "Club House" room "Kerajaan Gagal Kembali" (KGK) dan beliau turut menjadi "moderator/admin" bersama saya dan rakan-rakan yang lain. Orang yang

hebat

biasanya akan diuji dan ditekan. Tidak terkecuali Sdr Omar Mokhtar apabila beliau diminta untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Penerangan AMK Johor. Sama juga seperti insan

hebat

Syed Shah Syed Osman turut menjadi mangsa apabila dilucutkan jawatannya di dalam AMK. Apa salah mereka? Saya pun tidak tahu tetapi yang pasti mereka tidak mahu bersekongkol dengan orang yang suka melabel orang lain apabila berbeza pendapat. Mereka bukan jenis spesis yang suka mencari salah Presiden jauh sekali melekehkan Presiden sendiri. Mungkin sebab itu kedua mereka terpelanting keluar angkara tidak 'radikal' kononnya. Mahu "radikal" mestilah duduk berehat dan hentam Presiden.

Sejarah Libya terdapat seorang pejuang Islam yang

hebat

dan berani bernama Omar Mokhtar. Dikenali sebagai "Lion Desert" (Sang Singa Gurun) dan tokoh

hebat

ini mati ditahan dan dibunuh dalam perjuangannya menentang penjajahan Italy di Libya. Setakat dilucutkan dari jawatan, apa sangatlah buat anak muda didikan YB Abdullah Sani ini.

Saya mendoakan agar nama Omar Mokhtar pada tokoh muda ini sedikit sebanyak terpalit keberkatannya dari nama "Lion Desert" Omar Mokhtar Libya tersebut. Beliau baru melangsungkan perkahwinannya dan pencalonan beliau sebagai calon Keadilan di Dun Johor Lama merupakan hadiah paling berharga buat pengantin baru ini dan pasangannya.

Saya impikan dan doakan Sdr Omar Mokhtar menang di kawasan yang ditandinginya ini. Saya juga impikan regu Adam Adli dan Omar Mokhtar berada di saf pimpinan utama AMK Malaysia bagi mengejutkan AMK dari tidur lena dan bangkit sebagai anak muda yang sejati bukan "Sajatti".

InsyaAllah, saya akan turun bantu Sdr Omar Mokhtar di Dun Johor Lama walaupun sedikit hatta pacak sehelaj bendera Keadilan bagi memastikan beliau menang. " Bekerja belum tentu menang, tidak bekerja pasti tewas". Selamat berjuang, anak muda!!

WFAUZDIN NS

 

No comments: