MoF pulihkan kewangan Tabung Haji demi kepentingan umat Islam



Kerajaan Pakatan Harapan berjaya memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH) daripada terus mengalami jurang aset dan liabiliti akibat daripada tadbir urus lemah rejim UMNO-Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Mengikut kedudukan kewangan tahunan Disember 2017, Tabung Haji mengalami defisit bernilai RM4.1 bilion ekoran tindakan kerajaan UMNO-BN yang masih meletakkan pengagihan hibah atau dividen meskipun nilai aset TH lebih rendah daripada tanggungan.
Mengikut Akta Tabung Haji 1995, sebarang hibah atau dividen hanya boleh dikeluarkan sekiranya aset Tabung Haji melebihi nilai tanggungannya.
Justeru itu, bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi Tabung Haji, Kementerian Kewangan mengambil langkah proaktif dengan memindahkan sebahagian aset Tabung Haji yang bernilai RM10 bilion ke dalam syarikat tujuan khas (SPV).
Sebagai “gantinya”, SPV yang diletakkan di bawah MoF memberikan sukuk bernilai RM10 bilion dan Islamic redeemable convertible preference shares (RCPS-i) bernilai RM9.9 bilion kepada TH.
Dalam erti kata lain, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyelamatkan TH menerusi “bailout” bernilai hampir RM10 bilion.
Semua langkah ini adalah untuk menjaga kepentingan pendeposit TH yang merupakan orang Melayu beragama Islam.
Dengan langkah tersebut, para bakal jemaah Haji mampu menarik nafas lega kerana TH kini berada dalam keadaan yang membolehkan ia mengumumkan bayaran hibah tanpa perlu membelakangi sebarang undang-undang, apatah lagi menanggung rugi

No comments: