AKU TETAP MELAYU TANPA UMNO DAN TETAP ISLAM TANPA PAS



Peranan parti politik di negara ini mestilah selaras dengan sistem Demokrasi, kerana rakyat perlu mengambil bahagian dalam menentukan kerajaan setiap lima tahun sekali.
Parti politik merupakan penjaga keharmonian dan menentukan dasar sebaik diberi mandat menerajui kerajaan. Jika polisi yang diangkat menjadi dasar itu pincang, maka keseluruhan system tata urus negara  juga akan berpaksi kepada system yang pincang. DiMalaysia, perlembagaan negara telah dipinda sebanyak 42 kali oleh kerajaan yang memerintah, pindaan melibatkan bab kewarganegaraan, kuasa kuasa kerajaan negeri, pilihanraya, kehakiman dan sektor awam.

Dakwaan DAP boleh mengubah perlembagaan bila jadi kerajaan adalah persepsi dan modal politik semata mata, kerana untuk mengubah perlembagaan memerlukan sokongan majoriti 2/3 dari Ahli Parlimen..

Masalah sekarang, orang Melayu amat mudah diperdaya oleh pemimpin parti politik Melayu yang menyebarkan dakyah sebegini, khasnya PAS dan UMNO...  selagi wujud parti politik yang mengunakan isu kaum dan agama untuk menagih sokongan, kepincangan dalam memperbaiki kualiti hidup rakyat dan membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan, mustahil tercapai.. contoh di Kelantan, ada yang menetap di kandang lembu, rumah ibarat reban ayam, tinggal ditapak pelupusan sampah, masalah air, peluang pekerjaan etc tapi parti politik yang gagal mengurus kebajikan rakyat  terus dipilih sebagai kerajaan disana.

Untuk menjadi bangsa dan warganegara yang merdeka dari politik sempit kepartian , perlu kesedaran bahawa kuasa menentukan kerajaan adalah hak multak rakyat yang dijamim oleh perlembagaan.. tidak berdosa menolak parti 'islam' kerana islam dijadikan alat berpolitik semata..

Kau tetap Melayu tanpa UMNO dan tetap Islam tanpa PAS...
Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.


Image may contain: one or more people