MUNGKINKAH CALON BEBAS AKAN HILANG WANG PERTARUHAN PRK SLIM ?


HAMDAN TAHA



Pengumuman Calon BN DUN SlimPRK Slim: Kumpulan Tun M namakan peguam, Amir Khusyairi sebagai ...


Calun BEBAS  yang mewakili parti baru Tun Dr M berumur 38 tahun. Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia. Keluarga baik baik asal di Selabak di Teluk Intan....atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah saya....

Ayah kepada calun muda ini ustaz Tanusi adalah semasa hidupnya seorang yang sangat kuat bekerja untuk Umno malah bertugas pun dengan kemas atau jasa jika tidak salah saya...aruah juga seorang yang baik....jadi naib khadi tu saya tak pasti bila dan tahun berapa...

Bapa saudara iaitu adik beradik kepada aruah Ustaz Tanusi juga aktif Umno...Dr Ismail maulut pernah bertanding jawatan timbalan ketua Umno bahagian Teluk Intan dan menjadi ketua cawangan di taman cicily di bahagian teluk intan agak lama,walaupun tidak pernah berjaya menang jawatan kanan tapi beliau aktif....

Lagi seorang bapa saudara beliau Mutapha Maulut juga pernah bertanding naib ketua pemuda bahagian dan ketua pemuda bahagian di teluk intan sehingga beliau rasa politik di bahagian teluk intan ini tak sesuia untuk beliau. Beliau akhirnya aktif dalam koperasi....sehingga pernah pegang jawatan naib presiden angkasa dan beberapa kali mencuba bertanding jawatan presiden angkasa tapi tidak berjaya....

Apa yang saya nak sampaikan keluarga ini memang baik dan ada darah yang gigih bertanding. Walaupun begitu keluarga ini terutama aruah ustaz tanusi orang yang sangat sedih bila kerajaan negeri perak jatuh ke PR tahun 2008....dan aktif semula tahun 2009 dengan Umno negeri melalui penerangan kerana Perak di ambil oleh Umno semula....

Nampaknya jika ayah orang kuat Umno tidak semestinya berjaya membawa perjuangan mereka kepada anak anak....buktinya calun BEBAS di DUN Slim....ayah sangat kuat Umnonya...tapi anak bertanding berlawan Umno...ini perlu di ambil kira oleh Umno menjelang pru ke 15....

Nampak Umno dan PAS cukup yakin PN akan menang besar jika di adakan PRU ke 15. Kenyataan presiden PAS bukan saja menang tapi boleh mendapat 2/3 kali ini....alangkah baiknya jika betul boleh berlaku. Tetapi sikap pengundi masih lagi tidak di ketahui sebenarnya apakah betul rakyat suka gabungan PN ini...PRK Slim ini bagus untuk kita melihat sikap pengundi walaupun ini memang kawasan BN kerana kawasan Felda...tetapi baik untuk kita lihat sebenar sikap rakyat....

Melihat calun BN yang sememangnya orang Tg Malim dan dah lama aktif di sana dan di kenali oleh masyarakat dan pengundi Slim....berbanding calun BEBAS.....saya tak pasti tapi beliau saya yakin tidak sepopular calun BN....sudah pasti BN menang tetapi mejoriti yang perlu kita ketahui.....apakah gabungan BERSATU...Umno...Pas ni boleh menyebabkan calun BEBAS hilang wang petaruhan.....logiknya wajib hilang wang petaruhan....

Kenapa calun BEBAS  wajib hilang wang petaruhan kerana PRU ke 14 lalu yang bertanding adalah dari parti BERSATU....dan PAS juga turut bertanding....sekarang Perak...MB orang  BERSATU....tak kan lah tak boleh pastikan pengundi  BERSATU masa PRU 14 lalu undi calun BN dan tak kan lah Pas tak mampu tarik pengundi Pas sokong Calun BN....tak logik kan...jadi jawapannya jika betul punya gabung....siapa nak undi calun BEBAS ni....siapa ? Mungkin hanya orang PKR saja....orang AMANAH....DAP  tak ada di situ....jadi ini yang seronok untuk kita buat kajian....



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...