Madey dan PEJUANG


Secara moral, aku sokong Madey tubuh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau apa pun parti baharu yang bertunjangkn melayu. Ini jauh lebih baik dari membiarkn madey blegar dengan komen sana sini tanpa tunjang politik yang diwakilinya.

Setentunya Umno-Pas-Bsatu (PN) melihat usaha Madey sebagai tindakan memecah belahkn undi Melayu yang sememangnya telah berpecah 5. Perpecahan yang digambarkan PN  mungkin disebabkan Pejuang dilihat mampu memecah undi Melayu sekiranya PRU15 mengejud terjadi. Itu kebimbangan hakiki MY jugak....dan perpecahan itu 'dijemba' dari kaca mata Melayu dalam PN.

Persoalannya sejauh mana kekuatan Pejuang untuk menyantuni pengundi Melayu? Relevankah lagi madey sebagai tunjang Pejuang kpd orang Melayu dan rakyat secara amnya?

Dalam usia yang kini mencecah 95 tahun, sejauh mana madey mampu menggerak dan memberi ruang pada pemimpin pelapis selepas beliau menerajui parti tersebut?

Dan... Mengapa madey tidak melihat kepada parti berbilang kaum yang mungkin ramai masih menyokong beliau?

Segala persoalan dan khilaf ini harus dilunas. Setakat ini persepsi rakyat melihat parti Madey semata-mata untuk jadi king maker dalam menentukan majoriti sokongan dalam membentuk sebuah kerajaan. Dan.... Dia nak jadi PM kali ketiga walaupun dalam sehari. Ini rekod dunia yang belum tercipta oleh mana-mana pemimpin dunia.

Tak kurang juga bertanggapan tujuannya untuk membentuk legasi beliau dalam kancah politik negara.

Dan...segelintir lagi mengisahkan sebagaic madey membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya sehingga beliau terpaksa meletak jawatan sebagai PM.

Kenyataan madey yang partinya tidak akan condong kepada mana-mana parti dalam PN atau PH boleh dicongak dalam pelbagai persepsi.

Setelah melihat pergolakan politik negara selepas 1Mei 2020, mungkin Madey melihat pola politik telah berubah. Andai dulu parti dominan yang mendapat undi terbanyak akan mengemudi kerajaan.

Apa pun sandarannya, ramai menganggap pola ini bersifat sementara. Tragedi rampasan kuasa melalui pintu belakang ini lahir dari 'gangguan badi' yang dihadapi Umno selepas tidak lagi menerajui Putrajaya.

Ramai pemimpin yang diheret dalam kes mahkamah telah 'memerangkap' umno bersengkol dengan gerakan penubuhan kerajaan pintu belakang. Semuanya, demi survival dan selamatkan diri.

Alasannya mudah, andai Umno tidak sertai rampasan kuasa yang dipimpin MY dan Azmin setentunya PN tidak akan tertubuh.

Setelah melihat kelemahan dan kemelut agihan calon dalam konsonan PN begitu ketara, Pejuang dilihat sebagai  jalan keluar terbaik kepada pengundi Melayu. Dalam klasnya yang tersendiri pulak madey masih mempunyai sokongan dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa Partinya dan PH bersedia bekerja sama parti madey adalah tindakan yang bijak. Ini disebabkan Anwar sedar sekurang-kurannya parti madey mampu pecahkan sokongan orang Melayu dalam PN.

Hala tuju Pejuang (PPTA) masih kabur. Ketika analisa ini ditulis Pejuang masih belum tersenarai dalam kelompok parti-parti politik secara rasmi. Walaupun kedengaran banyak cawangan Bersatu dan pemimpin dibeberapa pelusuk dibubarkan dan meletak jawatan.

Natijahnya sebagai sebuah parti yang baru ditubuh PPTA perlu memberi fokas pada sasaran pengundinya. Dan.. bukan untuk mendominasi kuasa politik untuk ketika ini. Kelemahan dalam gabungan PN seharusnya dimanfaat sebaik mungkin.

Dan selebihmya... Madey perlu berjiwa besar untuk memperbetul keangkuhan dan sikap tamak kuasa yang ada pada dirinya...

 MZA

Penulis adalah bekas wartawan kanan Suara Keadilan dan juga pembaca berita pertama harakahdaily.online

No comments: