PERTEMUAN MB SELANGOR DAN MBSA


 Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

AZHAR ARCHIL

Pertemuan Dato Menteri Besar Selangor bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam , Timbalan Datuk Bandar dan ADUN Paya Jaras, YB Khairuddin Othman. Saya gesa agar MBSA membantu peniaga kecil tempatan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen berniaga dan membanteras warga asing yang berniaga.

Saya difahamkan MBSA akan melaksanakan Program bersama Peniaga dan Penjaja di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh pada hari Sabtu, 15 Ogos.  Kaunter Permohonan Permit Penjaja Sementara akan dibuka bagi memudahkan para penjaja dan peniaga setempat mendapatkan lesen dan permit berniaga. Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin dengan permasalahan oleh penjaja dan peniaga kecil terutama menghadapi kesan wabak Covid-19. Kerajaan Negeri juga sentiasa konsisten dalam membanteras perniagaan warga asing serta premis perniagaan haram.

Selain itu pihak MBSA turut mengulangi komitmen bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai siasatan SPRM yang sedang berjalan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan konsep ‘transparency’ dan ketelusan dalam melaksanakan tugasan dan khidmat kepada rakyat.