TIM MENTERI KESIHATAN BARU

 


Hanifah kini sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu







PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib hari ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan hari ini.


Pelantikan tersebut menyaksikan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib bertukar portfolio daripada Kementerian Ekonomi kepada Kementerian Kesihatan, namun kekal memegang amanah sebagai Timbalan Menteri dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.


Dalam satu kenyataan, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepimpinan negara atas kepercayaan yang terus diberikan untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri.


Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaksanakan amanah baharu ini dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kemampanan dan kesejahteraan menyeluruh.


Pada masa sama, YB Dato Hajjah Hanifah menegaskan bahawa khidmat bakti beliau kepada rakyat Mukah akan terus menjadi keutamaan, selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen P213 Mukah.


Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh usaha Kementerian Kesihatan dalam mempertingkatkan sistem kesihatan negara serta memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada seluruh rakyat.




No comments: