1) KERJA RELAX
Pegawai COS JKOM ada seramai antara 200 - 300 orang dan berada di seluruh negara. Sebelum ini mereka tidak ada pejabat. Mereka menumpang di sana sini dan ramai yang hanya duduk di rumah. Ada juga yang bekerja di tempat lain ketika masih memegang jawatan COS JKOM. Kerja mereka ialah tidak buat kerja sebab tidak ada kerja nak dibuat. Hanya ketika ada program bawah khemah yg perabih duit kerajaan sahaja mereka akan bekerja.
Itupun sekali dalam 3-4 bulan bergantung kepada program. Dan setiap kali program bawah khemah, mereka dilihat lebih banyak duduk bersama geng sendiri daripada berbual dgn masyarakat. Jemputan ke program pula terdiri daripada komuniti yg biasanya penyokong kerajaan Madani. Lepas KP & TKP dinosaur berucap, mereka makan, ambik gambar, huha huha & balik. Berita pun tak keluar di MSM walaupun bajet kerajaan dah keluar utk bayar makanan, khemah, sewa tempat, door gifts, hamper & logistik. Boleh kata zero ROI di sini. Kaput!
Kini pegawai² JKOM ditempatkan di Pusat NADI. Itupun hanya untuk menunjukkan rekod mereka hadir ke pejabat walaupun tiada keperluan pun untuk berada di Pusat NADI tu. Ana berani sebut bahawa bukan ada kerja pun kat situ. Adakah komunikasi kerajaan boleh disampaikan hanya di NADI? Adakah setiap hari berduyun-duyun komuniti setempat ke NADI utk bertemu pegawai JKOM di situ? Ni yg org sebut "waste of time & resources".
Kebanyakan Pusat NADI tak ubah seperti "Isla Sorna". Satu tempat pembiakan dinosaur yang sudah lama ditinggalkan. Dinosaur² di situ hanya mahu hidup sahaja dgn memakan apa yg melintas di hadapan mereka.
Maka duduk lah pegawai S5 & S9 ni di sana. Arahan kerja (jika ada) dari Pengarah Negeri juga hanya secara online. Itupun amat-amat jarang. Jadi, pegawai JKOM nak buat kerja apa? Relax aje laa. Jadi, kebiasaannya selepas clock in, mereka akan keluar & pulang sebelah petang untuk clock out di location NADI.
2) TAK ADA KPI
Selepas S5 & S9 clock in secara online melalui apps SpotMe guna henfon sendiri di Pusat NADI, mereka sudah bebas melakukan apa saja sepanjang hari sehinggalah tiba masa clock out. Syaratnya mesti on location di Pusat NADI untuk clock in & out. Tu aje.
Bagi yang masuk HQ, lepas clock in kat TAMS, tak tau apa yg mereka buat terutama dinosaur-dinosaur purba. Kalau ada pun kerja, mereka akan bermesyuarat santai sana sini sambil dihidangkan nasi lemak, kuih lapis & kopi O. Lepas mesyuarat, mereka kenyang & aktiviti bebas sehingga masa clock out. Ada yang kami terserempak sedang bermain Mobile Legends bagi menghilangkan rasa mengantuk di pejabat. Nasib baik game Jack Sparrow tak ada.
Sepanjang 3 tahun ana di sana, tiada sebarang KPI yg diberikan. Syarat utk disambung semula kontrak pun tidak ada. Jika ditamatkan kontrak tidak diberikan sebab & alasan. Tamat mcm tu aje. Cukup koboi cara JKOM beroperasi. Sebab itulah JKOM amat perlu kepada reform sepenuhnya menerusi rombakan total.
3) FAEDAH SAMA TAPI KERJA ENJOY
Jika DSAI umum bonus kakitangan awam, pegawai COS JKOM akan dapat. Jika umum kenaikan, dapat. KWSP juga sampai 16%. Tapi hasil kerja? Tengok hasil podcast aje dah tau. Jumlah terkini yang ana dengar, JKOM ada seramai lebih kurang 244 pegawai COS dan jawatan tetap lebih kurang 98 orang. Takkanlah ketika live podcast KP tak boleh dapat 150 views? Apa mereka buat? Mereka tak buat apa-apa tapi setiap bulan mereka menikmati faedah yg sama. Enjoy kan? Group wassap rahsia yg ada lebih 100 pegawai termasuk dinosaur tua pun gagal memberikan podcast Dato KP kengkurang 90 podcast views. Kamurang dah jadi kerengga mati dipijak dinosaur kah? Dalam lebih 100 pengurusan & pegawai dalam tu, berapa ramai aje content creator? Takat LCS aje memang enjoy laa kan.
KESIMPULANNYA, sebab itulah ana menggesa DS Anwar Ibrahim agar reform JKOM ini sehingga ke tahap overhaul. Jika tidak, duit kerajaan terus dibazirkan untuk menternak dinosaur-dinosaur yang tua lagi berpenyakit ini. Mereka tidak dinamik. Cara mereka bekerja tak ubah ketika zaman typewriter carbon. Mereka tidak tahu AI. Mereka buta strategi media sosial. Kelebihan mereka hanyalah ucapan mereka yang boleh dijadikan ubat penyakit insomnia samada di podcast mahupun di program khemah.
Jadi, dinosaur-dinosaur inikah yang diharapkan untuk mengepalai jentera penerangan kerajaan & seterusnya merangka serta melaksanakan strategi ampuh komunikasi massa? Yang lebih merisaukan kita ialah jika penyakit dinosaur-dinosaur ini menjangkiti imej kerajaan Madani menerusi kegagalan sistem penyampaian sehingga PRU16. Nauzubillahiminzalik.
NOTA GAMBAR HIASAN: SESETENGAH BAJU SENGAJA DICIPTAKAN SENDAT

No comments:
Post a Comment